Wednesday, July 28, 2021

BOLEH TAK BINA RUMAH ATAS TANAH PERTANIAN?

 Ada 2 isi yang timbul berkaitan perundangan jika bina rumah atas tanah status pertanian:

1) Pelanggaran syarat guna tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Tanah pertanian seharusnya dimanfaatkan hanya untuk bertani. Hanya 1/5 dari keseluruhan luas tanah pertanian tersebut boleh dibina bangunan/rumah dgn Tujuan pemilik boleh berehat setelah penat bertani bukan untuk didiami.
Seeloknya, beli tanah dengan status bangunan, Jika terbeli tanah status pertanian, kena tukar syarat dahulu dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah. Ada Bayaran yang dikenakan, Kadar cukai tanah juga akan dikira semula mengikut kegunaan bangunan / kediaman. Permohonan tidak semestinya diluluskan. Prosedur juga makan masa yang panjang.
Jadi, jika anda berniat nak bina rumah, pastikan tanah yang dibeli berstatus bangunan.
2) Keperluan untuk mendapat kelulusan Pelan dari PBT untuk sebarang binaan bangunan.
Untuk yang ingin mohon pinjaman, Kemungkinan Majlis Bandaran (PBT) tidak meluluskan pelan binaan rumah (wajib dapat Pelan Bangunan Yang Diluluskan sebelum submit loan binaan rumah) disebabkan ada sekatan terhadap tanah pertanian tersebut iaitu Warta Tali Air. Tiada kelulusan pelan, pinjaman jugak tidak akan diluluskan.
Faham sampai sini?
Nak beli rumah, nak jual rumah atau nak bina rumah?
Amira Rozani
017-9552917


No comments:

Post a Comment