Kaveat adalah mekanisme yang mencegah pendaftaran transaksi di bawah Kanun Tanah Negara (NLC) untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu.
Contohnya, Anda adalah orang yang telah membuat pembayaran deposit untuk pembelian ke atas hartanah A. Dan Anda Daftarkan Kaveat untuk mengelakkan tuan tanah menjual Hartanah A kepada pihak lain.
Secara asasnya, kaveat adalah suatu proses untuk melindungi hak anda keatas hartanah yang terlibat, hartanah yang di Kaveatkan, tidak boleh di buat sebarang transaksi (dilarang menjual, menggadai atau menyewa), sehingga kaveat tersebut tamat (sehingga kaveat tersebut dikeluarkan, atau automatik terbatal selepas 6 Tahun jika tidak dilanjutkan/disambung)
SIAPA YANG LAYAK MENDAFTARKAN KAVEAT?
Seperti yang ditakrifkan di bawah Kanun Tanah Negara:
Kaveat persendirian boleh dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar atas permohonan berikut:
i) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak ke atas tanah milik atau kepentingan berdaftar,
ii) Mana-mana orang atau badan yang menuntut ianya berhak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan.
iii) Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja (minor) yang menuntut sebagai berhak mendapat faedah di bawah mana-mana amanah.
CARA DAFTAR KAVEAT?
Dibuat di pejabat tanah berkenaan
Kemukakan borang khas, surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pemohon yang menyatakan secara jelas alasan kaveat tersebut dibuat
bukti yang menunjukkan bahawa pengkaveat mempunyai kepentingan keatas hartanah tersebut.
Bayaran Fi
CARA MENGELUARKAN/ MELEPASKAN KAVEAT?
Pemohon perlu kemukakan:-
Borang 19H
Carian Persendirian Hakmilik Berkaitan
Surat Permohonan Rasmi
Salinan IC
Bayaran Fi
Pemotongan Kaveat dalam tempoh 60 ke 90 hari dari tarikh notis pemotongan kepada pengkaveat.
Individu yang boleh memohon untuk pemotongan/pelepasan kaveat ini selain pengkaveat [pihak-pihak berkepentingan]:-
Pemilik
Pembeli
Penggadai
Pemajak
Pembeli lelong
Setakat itu sahaja perkongsian Amira Kali ini..
Jangan lupa layari laman web kami, dan kongsikan kepada yang lain..
Ejen Hartanah
Amira Rozani
017-9552917
Nak bina rumah, beli rumah atau jual rumah khususnya di Kelantan,boleh wasap Amira.
Disclaimer ://
Perkongsian ini ditulis merujuk kepada page "Propertyguru" dan juga page "Hartanah dan Anda"oleh Coach Aizac.
No comments:
Post a Comment