Sunday, August 1, 2021

APA ITU DUTI SETEM?

 



APA ITU DUTI SETEM?

Meh baca perkongsian #amirarozani, baru la kita semua celik hartanah...
Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.
Duti setem ialah cukai yang dikenakan atas dokumen/surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah, atau perjanjian pinjaman.
Bila ada dokumen undang-undang, maka akan adalah caj duti setem
Duti Setem juga dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.
Terdapat dua jenis duti iaitu Duti Ad Valorem dan Duti Tetap. Duti Ad Valorem adalah duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan.
Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas:
-surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;
-surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun;
surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran; dan
-surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.
CONTOH: DUTI SETEM PERUMAHAN
Untuk duti setem Ad Valorem, pengiraan dibuat ikut harga rumah pada kontrak jualan atau nilai pasaran. Penilaian tu ikut pada yang tertera di laporan penilaian oleh jurunilai kerajaan.
--------------------
Duti TETAP adalah duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.
Duti tetap boleh dikenakan ke atas;
-surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya surat kuasa wakil, Perkara-perkara persatuan bagi syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan
-surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna
CONTOH: DUTI SETEM PERJANJIAN PINJAMAN
Perjanjian pinjaman ini dikira sebagai dokuman undang-undang yang penting, jadi memang akan kena bayar cukai duti setem
Kadar caj duti setem untuk perjanjian pinjaman memang tetap 0.5%, dan dikenakan pada seluruh harga pinjaman tu.
Maknanya kalau dah ambil pinjaman RM450,000 untuk beli rumah daripada contoh di atas, duti setem akan jadi RM2,250 (0.5% x RM450,000).
...
Sekian sahaja perkongsian amira kali ini..
Perunding Hartanah Anda,
Amira Rozani,
017-9552917
Credit to : Propertyguru & LHDN

No comments:

Post a Comment