Wednesday, February 12, 2020

Pinjaman LPPSA

Terdapat 2 jenis pinjaman perumahan, swasta iaitu pinjaman bank atau LPPSA pinjaman untuk mereka yang menjawat jawatan awam/pekerja kerajaan. Untuk Pinjaman LPPSA, hanya pekerja kerajaan yang boleh mengemukakan permohonan manakala untuk pinjaman bank, semua orang boleh mengemukakan pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat .

Syarat-syarat bagi mengemukakan sebarang permohonan pinjaman:


LOAN LPPSA: BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

  1. Status Tanah Atas Nama Sendiri
  2. Status Tanah Bangunan, seandainya status tanah pertanian, pemilik hendaklah menyelesaikan penukaran status tanah tersebut terlebih dahulu.
  3. Gaji Bersih* selepas menolak semua komitmen-komitmen yang ada ialah RM1000.00 (Di Kelantan/ kadar bergantung kepada tempat)
  4. Penyata gaji 1 bulan. 
  5. Pengiraan gaji bersih seperti yang diatas. 
  6. Untuk semak kelayakan Maksimun Pinjaman Perlukan Penyata Gaji, Salinan IC, & Umur Pencen  
#UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN DI KELANTAN, HANYA IC (03) SAHAJA YANG BOLEH BOLEH MEMBUAT PINJAMAN DAN MEMBELI RUMAH/TANAH DI KELANTAN. SEANDAINYA IC BUKAN -03, PERLUKAN SIJIL ANAK KELANTAN DARI PEJABAT TANAH DAN PEMBELIAN TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

Kelayakan LPPSA Mengikut Gaji Dan Elaun-Elaun Yang Dikira.(layari laman web LPPSA)


1.      ‘Pendapatan Bersih’ bermaksud jumlah gaji pokok dan elaun tetap ditolak dengan potongan wajib yang diambilkira oleh Lembaga.
2.      ‘Elaun tetap’ bermaksud elaun yang diterima oleh pemohon dan  diambilkira oleh Lembaga iaitu:

v  Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau yang setara dengannya; dan
v  Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau yang setara dengannya; dan
v  Bantuan Sara Hidup (COLA)/ Bayaran Insentif Wilayah (BIW) atau yang setara dengannya; dan
v  Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU); dan
v  Elaun Memangku.

3.      Jadual Kelayakan ini tidak terpakai kepada kumpulan berikut:
a)      Anggota pentadbiran persekutuan - Tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
b)      Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri - Tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri dari masa ke semasa.
c)      Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi - Tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971.

Jadual kelayakan ini hanya sebagai rujukan dan had kelayakan pembiayaan sebenar adalah seperti yang diluluskan oleh LPPSA.

Syarat Kelayakan Pemohon

    SENARAI DOKUMEN ASAS UNTUK SEMUA JENIS PERMOHONAN

1
Dua (2) salinan kad pengenalan (MyKad) yang disahkan oleh Ketua Jabatan

2
Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji (dalam lingkungan tiga (3) bulan terkini dari tarikh penerimaan dokumen di LPPSA) yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

3
Surat iringan Ketua Jabatan.
Nota:
i.               Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen (sekiranya slip  gaji masih terdapat potongan KWSP).
ii.              Bagi tujuan pengesahan agensi kelayakan, perlu dikepilkan Borang Pengesahan Kelayakan Agensi yang boleh dimuat turun di laman web LPPSA (www.lppsa.gov.my) di bahagian Borang Kegunaan Peminjam.

4
Borang Permohonan Pembiayaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan termasuk:
i.                    Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful, 
ii.                  Borang 2 - Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pembiayaan    perumahan serta faedah / keuntungan dari gaji, apa-apa faedah         persaraan dan terimaan daripada Kerajaan.


5

Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan yang didaftarkan di Malaysia.
 Nota: Bagi pinjaman / pembiayaan bersama suami dan isteri.

Salinan Sijil Kelahiran Anak.
 Nota: Bagi pembiayaan bersama ibu / bapa dan anak-anak dalam satu   Perjanjian Jual Beli.

6
Carian Rasmi/ Carian Persendirian atau Salinan Hak Milik

7
Sebutharga Yuran Guaman bagi kos dokumentasi pembiayaan mengikut format LPPSA.  

Nota: Bagi pemohon yang ingin memasukkan Yuran Guaman ke dalam jumlah pembiayaan.


JENIS-JENIS PINJAMAN YANG DITAWARKAN

Pinjaman Jenis 1: Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
Pinjaman Jenis 2: Membina Rumah Atas Tanah Sendiri
Pinjaman Jenis 3: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
Pinjaman Jenis 4: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Pinjaman Jenis 5: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
Pinjaman Jenis 6: Bina rumah diata tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP/LPPSA
Pinjaman Jenis 7: Membuat kerja Ubahsuai rumah /petak rumah kediaman


SENARAI DOKUMEN WAJIB (MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN / PINJAMAN)




Jenis 1 : Pembelian Rumah Kediaman Yang Telah Siap


1
Salinan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement, SPA) / Deraf SPA / Sale Proforma / Tawaran Untuk Membeli (Offer To Purchase, OTP). Nota: Harga lot parkir wajib dinyatakan pada Sale Proforma atau OTP.

2
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

3
Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Nota: Sekiranya pembelian rumah siap dari pemaju perumahan sahaja.

4
Surat perintah mahkamah membenarkan pemegang amanah menjual harta si mati.
Nota: Sekiranya pemilik hartanah telah meninggal dunia.

5
Salinan penyata baki hutang penjual bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan.
Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki pembiayaan dengan institusi pembiaya selain Lembaga (kes kontra).

6
Salinan surat perintah mahkamah yang melantik Pelikudasi bagi pemaju perumahan yang diisytiharkan bankrap berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Or Liquidator (Form 70) dan Notice Of Change In Situation Of Office Of Liquidator (Form 73).

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada Pelikudasi yang dilantik oleh mahkamah.

ATAU

Notice Of Resolution (Form 11) berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Of Liquidator (Form 72).
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada pemaju perumahan yang digulungkan melalui Annual General Meeting (AGM).


7
 Salinan pelan lantai menunjukkan ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

Nota:

i. Sekiranya pembelian hartanah melibatkan rumah kedai atau SOHO (Small Office/Home Office); atau
ii. keluasan binaan hartanah kurang daripada 500 kaki persegi / 46 meter persegi.

8
Surat pengesahan Pemaju Perumahan atau peguam untuk lot yang dibeli. Nota: Sekiranya melibatkan banyak hakmilik induk (jika berkenaan).

9
Salinan Kontrak atau Memorandum Jualan daripada Mahkamah atau Pejabat Tanah atau Surat Pengesahan daripada Pentadbir Tanah yang mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan.
Nota: Sekiranya melibatkan hartanah lelong.


JENIS 2 : Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri


1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

2
Salinan Perjanjian Membina Rumah.
3
Salinan surat kelulusan pelan berserta salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.

Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

4
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam.


JENIS 3 : Pembelian Rumah Kediaman Yang Sedang Dibina


1
Salinan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement, SPA) / Deraf SPA / Sale Proforma / Tawaran Untuk Membeli (Offer To Purchase, OTP). 
Nota: Harga lot parkir dan kos kerja tambahan wajib di tertera pada Sale Proforma atau OTP.

2
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Nota: Sekiranya pembelian hartanah daripada kontraktor.

3
Salinan pelan lantai menunjukkan ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal. Nota: i. Sekiranya pembelian hartanah melibatkan rumah kedai atau SOHO (Small Office/Home Office); atau ii. keluasan binaan hartanah kurang daripada 500 kaki persegi / 46 meter persegi.

4
Salinan Lesen Pemajuan Perumahan & Permit Iklan dan Jualan yang masih berkuatkuasa.



5
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau lesen CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam. Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

6
Salinan surat kelulusan pelan berserta salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.
Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

7
Borang 8 – Senarai kerja-kerja tambahan untuk Rumah Kos Rendah Nota: Tidak melebihi RM20,000 dan bagi jawatan kumpulan sokongan II sahaja.

8
Surat pengesahan Pemaju Perumahan atau peguam untuk lot yang dibeli Nota: Sekiranya melibatkan banyak hakmilik induk (jika berkenaan).

9
Resit bayaran premium atau AVTC & resit bayaran premium Nota: Sekiranya tanah berstatus Tanah Pertanian.


JENIS 4 : Pembelian Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Rumah Kediaman


1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

2
Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) atau Draf Perjanjian Jual Beli atau Proforma atau Tawaran Untuk Membeli (OTP).

3
Salinan penyata baki hutang penjual enam (6) bulan ke hadapan yang lengkap. Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki hutang pinjaman dari Institusi Kewangan atau LPPSA (Kes Kontra – Pembelian di antara peminjam LPPSA).


JENIS 5 : Penyelesaian Keseluruhan Pembiayaan / Pinjaman Sedia Ada daripada Bank / Institusi Kewangan

1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
2
Salinan penyata baki hutang penjual bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan. Nota: Sekiranya hartanah  yang  dibeli  masih  mempunyai  baki  pembiayaan dengan institusi pembiaya selain Lembaga (kes kontra).

3
Salinan Perjanjian  Jual Beli (SPA) dengan Penjual / Pemilik sebelum  ini (Vendor). Nota: Sekiranya hartanah masih Hakmilik Induk.

4
Salinan pelan lantai menunjukkan ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

Nota:
i. Sekiranya  pembelian  hartanah  melibatkan  rumah  kedai  atau  SOHO (Small Office/Home Office); atau
ii. keluasan binaan hartanah kurang daripada 500 kaki persegi / 46 meter persegi.

5
Surat pengesahan penerimaan bayaran 100% daripada Pemaju Perumahan Nota: Sekiranya Kes Penyerahan Hak (Master Title / Assignment).
6
Surat pengesahan Pemaju Perumahan atau peguam untuk lot yang dibeli 
Nota: Sekiranya melibatkan banyak hakmilik induk.

JENIS 6 : Pembinaan Rumah Kediaman Di Atas Tanah Yang Dibiayai Melalui Pembiayaan LPPSA
1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
2
Salinan Perjanjian Membina Rumah.

3
Salinan surat kelulusan pelan berserta salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.

Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

4
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam.

5
Salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.

Nota: Bagi pembiayaan bersama, sekiranya nama salah seorang pemohon tiada dalam hakmilik tanah, pindahmilik perlu dibuat sekurangkurangnya setengah (1/2) bahagian kepada pemohon.

.
JENIS 7 : Pengubahsuaian Rumah Kediaman Yang Dibiayai /Diselesaikan Melalui Pembiayaan /Pinjaman LPPSA
1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
2
Salinan Perjanjian Kerja Ubahsuai Rumah.

3
Borang 9 - Senarai kerja-kerja ubahsuai dan Sebutharga.

4
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau lessen CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam.
5
Salinan Surat Kelulusan Pelan yang telah diluluskan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) beserta Salinan Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.
6
Surat Kebenaran Gadaian semula daripada Bank /Institusi Kewangan). Nota: Sekiranya hartanah mempunyai gadaian kedua dengan institusi pembiaya (pembelian hartanah dibiayai melalui pembiayaan bersama di antara Lembaga dan institusi pembiaya lainnya).

7
Surat Pengesahan Pemaju Perumahan atau Peguam bahawa hartanah didaftarkan sebagai hakmilik Pelanggan sekiranya Hakmilik Individu atau Strata masih belum dikeluarkan.
Nota: Bagi Kes Penyerahan Hak (Assignment).


8
Salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.  Nota: Bagi pembiayaan bersama, sekiranya nama salah seorang pemohon tiada dalam hakmilik tanah, pindahmilik perlu dibuat sekurangkurangnya setengah (1/2) bahagian kepada pemohon.

9
Borang 14A KTN (Pindahmilik) atau Salinan Memorandum of Transfer (MOT) bagi Sabah dan Sarawak yang lengkap dengan tandatangan Pemaju Perumahan atau penjual dan peguam. Nota: Sekiranya Kes Penyerahan Hak (Master Title / Assignment) dan belum mempunyai hakmilik induk.




Nak kami uruskan pinjaman LPPSA ANDA? Hubungi perunding RDC.

.
Cik Amira - 0179552917
Cik Aina - 018-9098205
En.Adi - 019-9016113
.
layari laman web kami:  rumahidaman.com.my/rdcgroupproperties
.
RUJUKAN : PORTAL LPPSA

PENAFIAN: RDC Group Properties tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan rujukan. Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi/portal yang berkaitan. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment