Pinjaman Susah nak lulus semua tu ada kaitan dengan laporan CCRIS kita.
Pernah dengar tak berkaitan CCRIS? Apa itu CCRIS. CCRIS (Central Credit Reference Information System) iaitu Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.
Kelayakan pinjaman bergantung pada kiraan di penyata gaji dan juga berkait rapat dengan CCRIS.
Skor kredit (CCRIS) yang cun-melecun kunci utama untuk lulus loan rumah dengan mudah.
Skor kredit hendaklah "0", selagi skor kredit '0',masih ada peluang cerah untuk dapatkan pinjaman. Dan ini part paling tricky yang ramai orang kantoi. Kalu ada tertunggak (miss) bayar hutang sebulan tu, mungkin pihak bank boleh tutup mata dan approve permohonan, tetapi kalu dah kronik sangat (lebih besar dari '1' skor, memang patut dirisaukan.
Hanya dengan skor kredit bank dapat menilai disiplin kita untuk bayat hutang atau komitmen. Kalu gagal membuktikan yang kita ni seorang pembayar hutang yang baik, memang xde jaminan untuk pinjaman diluluskan.
Ada pinjaman PTPTN? Wajib jaga elok-elok,jangan pernah miss bayar setiap bulan. Nak lagi baik, bayar lebih 3 bulan ke depan. Memang mudah nak dapat kelulusan pinjaman.
Dan seeloknya, elakkan dari terlampau banyak hutang kad kredit. Pastikan credit limit kita tidak mencecah 70%.
Kalu skor CCRIS tinggi, perbaiki dari semasa ke semasa dan settle kan dengan pihak kredit. Jangan lupa bayar hutang!
Ok! Laporan CCRIS boleh dapat di Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangan lupa untuk daftar eCCRIS. Untuk Mendapatkan Laporan Kredit, mana-mana individu boleh meminta akses kepada maklumat kreditnya dari Biro Kredit. Permohonan untuk laporan kredit hanya boleh dilakukan oleh individu.
Dalam kes entiti perniagaan atau orang yang meninggal dunia, permintaan tersebut boleh dibuat oleh orang yang diberi kuasa oleh entiti (untuk perniagaan) atau oleh mahkamah (si mati).
Laporan kredit mengandungi maklumat kredit individu yang juga boleh dicapai oleh individu melalui saluran-saluran berikut:
👉🏻 eCCRIS, platform dalam talian yang selamat untuk pengguna mengakses laporan CCRIS mereka sendiri, di mana-mana saja dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut mengenai eCCRIS, sila layari https://eccris.bnm.gov.my/; dan
Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK..
Untuk maklumat lanjut, boleh semak artikel http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html
Setakat itu sahaja perkongsian RDC Group Properties berkaitan skor CCRIS.. Stay tuned with Rdc Group Properties!
.
RDC GROUP PROPERTIES
https://www.rumahidaman.com.my/
019-9016113 HASMADI
0179552917 AMIRA
Nak tau step by step bina rumah, boleh baca artikel ni https://rdchousemanagement.blogspot.com/2020/06/perkongsian-step-by-step-guide-beli.html
No comments:
Post a Comment