Masih ramai yang bertanya dan tidak mengetahui mengapa syarat anak Kelantan sahaja boleh beli tanah ataupun rumah diKelantan yang berstatus Rizab Melayu.
Sebenarnya, syarat ini sudah lama terpakai sejak dahulu lagi.
Mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938, anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan.
Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.
Jadi sebagai contoh walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03) selagi mana beliau dalam kategori C dan D juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan.
Nanti dulu! Belum habis.. Kena di ingatkan bahawa rakyat kelantan bukan hanya ada kod ic 03, tetapi 28 dan juga 29. Selama ini duk ingat hanya 03, kalu cek semula kod ic kat portal JPN, kita akan temui kod selain 03 untuk rakyat kelantan.
Harap penjelasan ini jelas untuk kenalan semua disini.
Nota: Hampir 90 peratus jumlah keluasan tanah di Kelantan adalah dibawah kategori Rezab Melayu.
Berminat nak bina rumah atau beli rumah dengan pihak RDC Group Properties,
www.wasap.my/60179552917/khidmatrdc
www.wasap.my/60179552917/khidmatrdc
www.wasap.my/60179552917/khidmatrdc
RDC GROUP PROPERTIES
https://www.rumahidaman.com.my/
019-9016113 HASMADI
0179552917 AMIRA
.
#kontraktorBinaRumahAtasTanahSendiri
#kontraktorbinarumahkelantan
#kontraktorbinarumah
#kontraktorkelantan
#TeamBinaRumahKelantan
#TeamBinaRumahTerengganu
#rumahjualkelantan
#rumahidaman
#loankerajaan
#loanbank
#rumahjualkelantan
#pinjamanperumahan
#rdcgroupproperties
No comments:
Post a Comment