Sunday, February 9, 2020

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: PANDUAN DARI A-Z / RDC GROUP PROPERTIES

Ramai yang berniat ingin membina rumah diatas tanah sendiri. Rata-rata tidak mengetahui langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk bina rumah atas tanah sendiri. Disini saya akan memjelaskan kesemua step-step yang yang pihak RDC aplikasikan dalam bidang ini.

1. Semak Kelayakan Pinjaman

Pihak RDC memerlukan dokumen seperti Salinan IC dan juga penyata gaji .
Penyata gaji untuk pekerja Swasta sehingga 6 bulan penyata terkini.
Penyata gaji untuk Penjawat Awam, dari 1 hingga 3 bulan penyata terkini. Untuk Askar, Semakan kelayakan haruslah melalui Pihak MINDEF!!

Atau semak dengan pihak bank terus berapa jumlah maksimum pinjaman yang boleh kita buat. Sama ada ingin membuat pinjaman maksimum atau hanya yang sekadar kita perlu, terpulang. 
Pelanggan sudah dapat anggaran jumlah binaan rumah @ bajet untuk bina rumah.

2. Reka Bentuk.

Proses Mereka Bentuk Rumah/ Proses Membuat Pelan Rumah kebiasaannya pelanggan akan berbincang direct dengan designer atau pelukis pelan. Pastikan pelan mengikut bajet anda sendiri. Reka bentuk binaan rumah bergantung kepada citarasa pelanggan 100% tetapi dengan nasihat dan idea-idea pakar pelukis pelan .Kita digalakkan untuk mencari tahu segala info dan susun atur binaan juga konsep rumah yang diingini seperti jumlah bilik, bilik air, perlukan car porch atau tidak, dapur ,untuk memudahkan proses lukis pelan ini. Setiap syarikat mempunyai harga yang berbeza untuk lukisan pelan tersebut.

Bagi pihak RDC, pelukis pelan akan turun bersama-sama ke tapak rumah untuk setting binaan rumah. Pelukis pelan diarahkan untuk melihat tapak terlebih dahulu sebelum melukis pelan agar kedudukan rumah kelihatan cantik dan sesuai dengan keadaan kawasan sekeliling. Harga yang pihak RDC tetapkan, termasuk dengan yuran PBT dan dikira mengikut sekaki persegi serta pihak RDC akan memastikan  kesemua tanggungjawab pelukis pelan iaitu mendapat kelulusan , mendapatkan CCC, dan juga mengeluarkan sijil kesiapan kerja untuk dihantar ke pihak bank bagi setiap progress bayaran yang ingin dibuat oleh kontraktor. 

Oleh itu, amatlah disarankan untuk kita mencari syarikat yang menguruskan pelan juga yang boleh membina rumah skali (reka dan bina) seperti pihak RDC, untuk mengurangkan risiko pelukis pelan lari kerana semua urusan adalah atas urusan kontraktor yang dilantik. 


3. Pelan
Proses kelulusan pelan mendapat kelulusan dari pihak PBT.
Carta alir kelulusan pelan bangunan yang boleh di ambil sebagai rujukan , klik di pautan ini.

4.Pinjaman

Pinjaman perumahan terbahagi kepada dua, iaitu Pinjaman Bank dan Pinjaman LPPSA. Pinjaman LPPSA hanya untuk penjawat awam sahaja. Proses ini termasuklah dari proses penyediaan dokumen pinjaman (Bank/LPPSA) (mengikut terma dan syarat pihak pinjaman). Seandainya pihak agensi/ syarikat yang menguruskan urusan pinjaman, pelanggan hanya perlu memberi segala maklumat yang dipinta, dan urusan seterusnya diuruskan pihak syarikat sehingga mendapat kelulusan dan menandatangani kontrak perjanjian.

Seandainya pelanggan menguruskan sendiri pinjaman (LPPSA), carta alir boleh rujuk portal LPPSA http://www.lppsa.gov.my/v2/proses-pembiayaan-perumahan/ 
Kebiasaan, kebanyakan pihak bank hanya memberi 80% - 90% pinjaman sahaja bergantung kepada status pinjaman pertama, kedua atau ketiga. Oleh itu, siapkan wang tunai sekurang-kurangnya 10% dari harga binaan  untuk lukis pelan, permohonan kelulusan di PBT, kos guaman. Bagi kes yang membuat pengeluaran dari akaun KWSP, ia hanya boleh dikeluarkan setelah kerja-kerja binaan berjalan dan kontrak telah ditandatangani , dan mendapat kelulusan pelan dari PBT. 

5.Pembinaan

Pihak pemaju akan mula melaksanakan kerja-kerja pembinaan rumah. Carilah kontraktor yang mengeluarkan kontrak bagi menjamin hak kedua-dua belah pihak. Dengan adanya kontrak, kedua-dua belah pihak tidak boleh menyalahi isi-isi perjanjian . Andai terdapatnya "BREACH OF CONTRACT" / Langgar Perjanjian, salah satu pihak mempunyai hak untuk mendakwa pihak yang berkenaan. Melanggar perjanjian setelah menandatangi kontrak akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub dalam undang-undang negara.

Kami di RDC Group Properties menyediakan kontrak dan akan mendahului binaan sehingga 10% sebelum membuat sebarang tuntutan claim. Tempoh kesiapan pembinaan antara 6-9 bulan. Dengan kualiti terbaik, kami sedia membantu anda. Khidmat nasihat PERCUMA berkaitan bina rumah kami sediakan. Kami juga menyediakan khidmat "Interior Design" dengan sentuhan magik dan memukau . 

Khidmat RDC Group Properties, klik di pautan https://www.rumahidaman.com.my/?page_id=127

Penutup. 
 Kami berharap segala maklumat yang kami bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di no tertera (sidebar blog). atau komen di ruangan di bawah. Kami akan membantu anda.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment