Wednesday, August 18, 2021

PEMILIHAN WARNA MENGIKUT CABANG PSIKOLOGI

 #satuharisatuwarna



Pilihan Warna yang sesuai memainkan peranan utama dalam Membentuk Suasana Kediaman Lebih Tenang dan Bahagia.
Warna juga ialah salah satu cabang psikologi yang boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang.
Warna yang dipilih untuk setiap ruang dalam rumah akan mencerminkan keperibadian anda.
BIRU💙💙💙
Warna biru paling sesuai digunakan di bilik tidur, bilik air. Warna biru ini boleh menurunkan tekanan darah dan menstabilkan pernafasan oleh itu ia dianggap warna yang menenangkan,santai dan tenang...
Anda suka warna apa? Jika biru, anda ternyata seorang yang suka akan ketenangan 💙

ANAK KELANTAN


Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.
Jadi sebagai contoh walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03) selagi mana beliau dalam kategori C dan D juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan.
Untuk setiap urusan Exco, Ada yuran yang ditetapkan mengikut jenis kes (bergantung pada jenis kes individu terlibat)

Sunday, August 1, 2021

APA ITU DUTI SETEM?

 



APA ITU DUTI SETEM?

Meh baca perkongsian #amirarozani, baru la kita semua celik hartanah...
Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.
Duti setem ialah cukai yang dikenakan atas dokumen/surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah, atau perjanjian pinjaman.
Bila ada dokumen undang-undang, maka akan adalah caj duti setem
Duti Setem juga dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.
Terdapat dua jenis duti iaitu Duti Ad Valorem dan Duti Tetap. Duti Ad Valorem adalah duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan.
Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas:
-surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;
-surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun;
surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran; dan
-surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.
CONTOH: DUTI SETEM PERUMAHAN
Untuk duti setem Ad Valorem, pengiraan dibuat ikut harga rumah pada kontrak jualan atau nilai pasaran. Penilaian tu ikut pada yang tertera di laporan penilaian oleh jurunilai kerajaan.
--------------------
Duti TETAP adalah duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.
Duti tetap boleh dikenakan ke atas;
-surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya surat kuasa wakil, Perkara-perkara persatuan bagi syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan
-surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna
CONTOH: DUTI SETEM PERJANJIAN PINJAMAN
Perjanjian pinjaman ini dikira sebagai dokuman undang-undang yang penting, jadi memang akan kena bayar cukai duti setem
Kadar caj duti setem untuk perjanjian pinjaman memang tetap 0.5%, dan dikenakan pada seluruh harga pinjaman tu.
Maknanya kalau dah ambil pinjaman RM450,000 untuk beli rumah daripada contoh di atas, duti setem akan jadi RM2,250 (0.5% x RM450,000).
...
Sekian sahaja perkongsian amira kali ini..
Perunding Hartanah Anda,
Amira Rozani,
017-9552917
Credit to : Propertyguru & LHDN

Wednesday, July 28, 2021

BOLEH TAK BINA RUMAH ATAS TANAH PERTANIAN?

 Ada 2 isi yang timbul berkaitan perundangan jika bina rumah atas tanah status pertanian:

1) Pelanggaran syarat guna tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Tanah pertanian seharusnya dimanfaatkan hanya untuk bertani. Hanya 1/5 dari keseluruhan luas tanah pertanian tersebut boleh dibina bangunan/rumah dgn Tujuan pemilik boleh berehat setelah penat bertani bukan untuk didiami.
Seeloknya, beli tanah dengan status bangunan, Jika terbeli tanah status pertanian, kena tukar syarat dahulu dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah. Ada Bayaran yang dikenakan, Kadar cukai tanah juga akan dikira semula mengikut kegunaan bangunan / kediaman. Permohonan tidak semestinya diluluskan. Prosedur juga makan masa yang panjang.
Jadi, jika anda berniat nak bina rumah, pastikan tanah yang dibeli berstatus bangunan.
2) Keperluan untuk mendapat kelulusan Pelan dari PBT untuk sebarang binaan bangunan.
Untuk yang ingin mohon pinjaman, Kemungkinan Majlis Bandaran (PBT) tidak meluluskan pelan binaan rumah (wajib dapat Pelan Bangunan Yang Diluluskan sebelum submit loan binaan rumah) disebabkan ada sekatan terhadap tanah pertanian tersebut iaitu Warta Tali Air. Tiada kelulusan pelan, pinjaman jugak tidak akan diluluskan.
Faham sampai sini?
Nak beli rumah, nak jual rumah atau nak bina rumah?
Amira Rozani
017-9552917


Berniaga boleh ke apply loan perumahan?

 Ramai yang tanya Amira, kalu berniaga boleh ke apply loan?

Boleh, tpi ada syarat-syarat dia, kena ada:
1. SSM minima 2 tahun
2. Buka akaun semasa, dan masukkan semua hasil perniagaan ke akaun semasa, paling kurang 1 tahun. Bank akan mintak 6 Bulan terkini penyata akaun
3. Borang B (2 tahun atau 1 tahun terkini)
4. Resit Bayaran Cukai Pendapatan (2 tahun atau 1 tahun terkini)
5. Dokumen sokongan (jika ada ; Penyata ASB/TH, Perjanjian Sewa Rumah, dll)
Kalu tak ada borang cukai/borang B dan tak ada resit cukai?
Boleh apply Loan SJKP/ skim rumah pertama, tapi pinjaman maksimum hanya 300K shaja.
Jika harga rumah melebihi 300K, tuan puan kena sediakan cash untuk lebihan tu.. contoh harga rumah 380K, 80K lagi kena tambah cash.
Nak tau lebih lagi soal pinjaman atau berkaitan hartanah, dan nak tau pakej bina rumah, khususnya di kelantan, boleh hubungi amira
Ejen Hartanah Berdaftar
Amira Rozani
017-9552917
Jangan lupa share website kami,