Monday, March 9, 2020

KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE


BERAPA KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE?



Ok kali ini pihak RDC nak share berkaitan Kos Guaman urusan pembelian rumah sub-sale. Tapi sebelum tu, kita fahamkan dulu ape maksud rumah subsale. Rumah subsale merujuk kepada rumah yang dibeli atas tangan pihak lain selepas pemaju. Atau lebih senang disebut rumah secondhand. Tapi, ia tidak semestinya rumah secondhand, ada juga kes pembeli ke 3, iaitu beli melalui ejen hartanah, tidak melalui owner terus ye. Ok, seperti yang kita semua tahu, dalam apa-apa urusan hartanah, sama ada beli tanah, bina rumah, jual rumah dan sebagainya memang disyorkan untuk menggunakan khidmat guaman. Kenapa? Untuk memudahkan urusan jual beli juga untuk memastikan hak kedua-dua belah pihak selamat. Risiko kena tipu juga dapat dielakkan.  

Disini saya memetik isi tulisan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), Tuan Salkukhairi Abd Sukor, beliau menyatakan bahawa :

Anggaran keseluruhan kos guaman untuk kes ini adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli.

a. Lebih kurang 2.5% adalah untuk :-
▪ yuran guaman peguam bagi urusan jual beli dan pindah milik rumah tersebut, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan jual beli dan pindah milik rumah tersebut (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).

b. Lebih kurang 2.5% lagi adalah untuk :-
▪ yuran guaman peguam bagi urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan pinjaman dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).

Yuran Guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan dokumen pinjaman/gadaian adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976

Perbelanjaan (Disbursement) untuk urusan pembelian rumah sub-sale adalah bagi tujuan bayaran duti setem perjanjian jual beli, bayaran duti stem pindah milik, yuran pendaftaran pindah milik di pejabat tanah, carian rasmi, permohonan kebenaran pindah milik, duti stem dokumen pinjaman dan gadaian, pendaftaran gadaian di pejabat tanah, carian kebankrapan dan lain-lain.

Kadar bayaran disbursement tersebut adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat tanah, Jabatan Insolvensi dan lain-lain. Lebih ½ daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk tujuan bayaran disbursement kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (dalam bahasa mudah, bayaran kepada Kerajaan).
Hanya tidak sampai ½ sahaja daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk bayaran yuran guaman peguam.

Semakin tinggi harga jual beli/ nilaian sesuatu rumah sub-sale, semakin tinggi bayaran disbursement yang terpaksa ditanggung oleh pembeli.
Misalnya, untuk duti stem pindah milik sahaja, kadar duti stem yang dikenakan oleh LHDN
Manakala semakin tiggi harga jual beli semakin rendah yuran guaman yang dikenakan.

Walau bagaimanapun untuk pembelian rumah pertama, pembeli layak mendapat pengecualian duti setem pindah milik dan duti setem dokumen pinjaman (prinsipal document).

Daripada perkongsian beliau di atas, itu hanyalah anggaran kasar. Setiap kes yang berlainan mempunyai kos guaman yang berlainan. Seelok-eloknya,bertanya langsung kepada peguam kita untuk mengetahui kos tambahan yang dikenakan. Anggaran untuk memudahkan kita menentukan bajet kos guaman ini, mengikut kadar pinjaman kita ialah 5% secara amnya.

Kos guaman untuk rumah baru, rumah undercon atau umah subsale berbeza. Kos guaman untuk rumah Undercon / dalam pembinaan lebih murah antara 20-30 % legal fee biasa. Dan yuran guaman adalah sama. Kerana semua peguam tertakluk kepada skala yuran guaman yang ditetapkan oleh majlis peguam.


Untuk dapatkan khidmat bagi urusan hartanah bermula dari lukis pelan sehingga dapat miliki rumah impian, hubungi kami pihak rdc untuk memenuhi hasrat anda. layari laman web kami..

rumahidaman.com.my




No comments:

Post a Comment