BERAPA KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE?
Ok kali ini pihak RDC nak share berkaitan Kos Guaman urusan
pembelian rumah sub-sale. Tapi sebelum tu, kita fahamkan dulu ape maksud rumah
subsale. Rumah subsale merujuk kepada rumah yang dibeli atas tangan pihak lain selepas
pemaju. Atau lebih senang disebut rumah secondhand. Tapi, ia tidak semestinya
rumah secondhand, ada juga kes pembeli ke 3, iaitu beli melalui ejen hartanah,
tidak melalui owner terus ye. Ok, seperti yang kita semua tahu, dalam apa-apa
urusan hartanah, sama ada beli tanah, bina rumah, jual rumah dan sebagainya
memang disyorkan untuk menggunakan khidmat guaman. Kenapa? Untuk memudahkan
urusan jual beli juga untuk memastikan hak kedua-dua belah pihak selamat. Risiko
kena tipu juga dapat dielakkan.
Disini saya memetik isi tulisan yang telah disampaikan oleh Tuan
Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), Tuan Salkukhairi Abd Sukor,
beliau menyatakan bahawa :
Anggaran keseluruhan kos guaman untuk kes ini adalah
lebih kurang 5% daripada harga jual beli.
a. Lebih kurang 2.5% adalah untuk :-
▪ yuran guaman peguam bagi urusan jual beli dan pindah
milik rumah tersebut, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan jual beli dan
pindah milik rumah tersebut (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai
“disbursement”).
b. Lebih kurang 2.5% lagi adalah untuk :-
▪ yuran guaman peguam bagi urusan pinjaman perumahan
dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya, perbelanjaan/ kos
pengurusan untuk urusan pinjaman dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/
pembiaya (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).
Yuran Guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan
dokumen pinjaman/gadaian adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam
Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976
Perbelanjaan (Disbursement) untuk urusan pembelian rumah
sub-sale adalah bagi tujuan bayaran duti setem perjanjian jual beli, bayaran
duti stem pindah milik, yuran pendaftaran pindah milik di pejabat tanah, carian
rasmi, permohonan kebenaran pindah milik, duti stem dokumen pinjaman dan
gadaian, pendaftaran gadaian di pejabat tanah, carian kebankrapan dan
lain-lain.
Kadar bayaran disbursement tersebut adalah mengikut kadar
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN), pejabat tanah, Jabatan Insolvensi dan lain-lain. Lebih ½
daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk tujuan bayaran
disbursement kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (dalam bahasa mudah,
bayaran kepada Kerajaan).
Hanya tidak sampai ½ sahaja daripada keseluruhan kos guaman
tersebut adalah untuk bayaran yuran guaman peguam.
Semakin tinggi harga jual beli/ nilaian sesuatu rumah
sub-sale, semakin tinggi bayaran disbursement yang terpaksa ditanggung oleh
pembeli.
Misalnya, untuk duti stem pindah milik sahaja, kadar duti
stem yang dikenakan oleh LHDN
Manakala semakin tiggi harga jual beli semakin rendah yuran
guaman yang dikenakan.
Walau bagaimanapun untuk pembelian rumah pertama, pembeli
layak mendapat pengecualian duti setem pindah milik dan duti setem dokumen
pinjaman (prinsipal document).
Daripada perkongsian beliau di atas, itu hanyalah anggaran
kasar. Setiap kes yang berlainan mempunyai kos guaman yang berlainan.
Seelok-eloknya,bertanya langsung kepada peguam kita untuk mengetahui kos
tambahan yang dikenakan. Anggaran untuk memudahkan kita menentukan bajet kos
guaman ini, mengikut kadar pinjaman kita ialah 5% secara amnya.
Kos guaman untuk rumah baru, rumah undercon atau umah
subsale berbeza. Kos guaman untuk rumah Undercon / dalam pembinaan lebih murah
antara 20-30 % legal fee biasa. Dan yuran guaman adalah sama. Kerana semua
peguam tertakluk kepada skala yuran guaman yang ditetapkan oleh majlis peguam.
Untuk dapatkan khidmat bagi urusan hartanah bermula dari lukis pelan sehingga dapat miliki rumah impian, hubungi kami pihak rdc untuk memenuhi hasrat anda. layari laman web kami..
rumahidaman.com.my