RDC GROUP PROPERTIES (KT0399655-U)
Thursday, April 6, 2023
Wednesday, April 5, 2023
Monday, April 3, 2023
Tuesday, March 28, 2023
Wednesday, January 25, 2023
TIPS BELI TANAH
Assalamualaikum wbt Semua..
Hari ni mira nak kongsi sedikit tips BELI TANAH dri pengalaman mira..
1. LAWATAN KE TAPAK @SITE VIEWING
2. RISIK
Lepas dah buat lawatan ke tapak tu, elok risik-risik dengan orang kampung atau orang sekeliling. Tanya sama ada lokasi tu banjir atau tak. Kalu tanya kepada penjual, semua akan cakap bebas banjir, lokasi A+++. Tapi hakikat kita pembeli yang akan tanggung segala kerugian depan hari.
Tapi sejak 2021, Kalu ikutkan cuaca dan arah pergerakan angin, bila banjir, tempat yang tidak pernah dinaiki air sebelum ni pun terkena banjir. Pola pergerakan air banjir dah berubah. Kena kira semua faktor.
3. CARIAN
Lepas dah risik, semua dah ok..elok kita mintak semua detail lot tersebut dan buat carian di pejabat tanah. Carian tu x mahal, dalam rm 30 sahaja (harga semasa & boleh berubah). Dalam slip carian tu kita boleh tahu sama ada tanah tersebut ada sekatan / kaviet atau tak. Di carian ada nama pemilik asal.. Boleh tahu sama ada pemilik sudah meninggal atau masih hidup.
Jika tanah yang hendak dijual tu masih lagi atas nama orang yang telah meninggal, tanah tersebut automatik jadi tanah Pusaka, mereka wajib menguruskan pusaka terlebih dahulu sebelum menjual hartanah tersebut.
4. BOOKING @ BAYAR DEPOSIT
Kalu semua yang diatas dah beres, boleh terus buat bayaran booking atau bayaran penuh ikut perjanjian. Yang paling penting, dalam setiap urusan jual beli hartanah, lebih baik libatkan peguam. Biar peguam yang uruskan hitam putih dan perjanjian jual beli. Walau pun dengan keluarga sendiri. Ingat ya hitam putih lebih baik dari kita menanggung kerugian.
Ok setakat ini sahaja perkongsian Amira ye.
Pesanan dari Amira, jika ada yang melibatkan harta pusaka, seeloknya diuruskan secepat mungkin. Lebih-lebih lagi hartanah. Kalu nanti penerima harta pusaka juga meninggal dunia. Dia akan melibatkan banyak proses dan yang menanggung kita-kita yang hidup ni. Ingat,makan harta orang lain, parah akibatnya. Kat dunia terlepas,akhirat sana.PASTI.
Wednesday, January 4, 2023
TEMPOH BINA RUMAH & STEP BINA RUMAH
Follower RDC Group Properties tanya..
"Berapa Tempoh bina rumah??"
Overall
Pelan 3/4 bulan, loan 2 bulan untuk setel semua dokumen, Pembinaan 6 ke 9 bulan.. Lebih kurang setahun ke setahun 3 bulan. Boleh SS atau Pause untuk baca. Tq. stay tune
Tempoh bergantung pada semua pihak yang terlibat. Kontraktor, peguam, pihak pelukis pelan, Pihak Majlis, Pihak Loan, Tuan rumah. Anggaran masa yang diberikan mengikut pengalaman.
Kenapa tuan rumah ada sekali? Yup! Tuan rumah pun juga ada peranan dia.. Lebih2 lagi bina rumah dgn RDC yang sememang nya ikut citarasa owner.
Terkdg pemilihan boleh amik masa 1 ke 2 bulan bergantung pd masa owner.
✓Pemilihan Cat
✓Pemilihan Mozek
✓Kabinet
www.rumahidaman.com.my
Tuesday, December 13, 2022
Subscribe to:
Posts (Atom)