Wednesday, July 28, 2021

Apa itu SoHo, SoVo, & SoFo?

 Pernah Dengar Berkenaan dengan Unit SoHo, SoVo, & SoFo?

SoHo- spell for small office house office
SoVo- small Office Virtual Office
SoFo- small Office Flexible Office
untuk 3 types diatas tidak layak untuk buat permohonan pinjaman LPPSA....
LPPSa mensyaratkan unit kediaman yg mempunyai 3 bilik.
Kalu belum jelas berkenaan ni, jom baca sikit..
Artikel berkenaan ni diterjemahkan oleh Mr. Nicholas Yong (22 oct 2020) dari artikel asal [ SoHo, SoVo and SoFo: What’s the difference oleh Mursh Matsom]

You, Meeya Amira Rozani, Mohd Hanaffie Ibrahim and 2 others

APAKAH ITU KAVEAT, ATAU KAVEAT PERSENDIRIAN?

 


Kaveat adalah mekanisme yang mencegah pendaftaran transaksi di bawah Kanun Tanah Negara (NLC) untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Contohnya, Anda adalah orang yang telah membuat pembayaran deposit untuk pembelian ke atas hartanah A. Dan Anda Daftarkan Kaveat untuk mengelakkan tuan tanah menjual Hartanah A kepada pihak lain.
Secara asasnya, kaveat adalah suatu proses untuk melindungi hak anda keatas hartanah yang terlibat, hartanah yang di Kaveatkan, tidak boleh di buat sebarang transaksi (dilarang menjual, menggadai atau menyewa), sehingga kaveat tersebut tamat (sehingga kaveat tersebut dikeluarkan, atau automatik terbatal selepas 6 Tahun jika tidak dilanjutkan/disambung)
SIAPA YANG LAYAK MENDAFTARKAN KAVEAT?
Seperti yang ditakrifkan di bawah Kanun Tanah Negara:
Kaveat persendirian boleh dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar atas permohonan berikut:
i) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak ke atas tanah milik atau kepentingan berdaftar,
ii) Mana-mana orang atau badan yang menuntut ianya berhak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan.
iii) Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja (minor) yang menuntut sebagai berhak mendapat faedah di bawah mana-mana amanah.
CARA DAFTAR KAVEAT?
πŸ”˜ Dibuat di pejabat tanah berkenaan
πŸ”˜Kemukakan borang khas, surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pemohon yang menyatakan secara jelas alasan kaveat tersebut dibuat
πŸ”˜bukti yang menunjukkan bahawa pengkaveat mempunyai kepentingan keatas hartanah tersebut.
πŸ”˜Bayaran Fi
CARA MENGELUARKAN/ MELEPASKAN KAVEAT?
Pemohon perlu kemukakan:-
πŸ”˜Borang 19H
πŸ”˜Carian Persendirian Hakmilik Berkaitan
πŸ”˜Surat Permohonan Rasmi
πŸ”˜Salinan IC
πŸ”˜Bayaran Fi
Pemotongan Kaveat dalam tempoh 60 ke 90 hari dari tarikh notis pemotongan kepada pengkaveat.
Individu yang boleh memohon untuk pemotongan/pelepasan kaveat ini selain pengkaveat [pihak-pihak berkepentingan]:-
πŸ”˜Pemilik
πŸ”˜Pembeli
πŸ”˜Penggadai
πŸ”˜Pemajak
πŸ”˜Pembeli lelong
Setakat itu sahaja perkongsian Amira Kali ini..
Jangan lupa layari laman web kami, dan kongsikan kepada yang lain..
Ejen Hartanah
Amira Rozani
017-9552917
Nak bina rumah, beli rumah atau jual rumah khususnya di Kelantan,boleh wasap Amira.
Disclaimer ://
Perkongsian ini ditulis merujuk kepada page "Propertyguru" dan juga page "Hartanah dan Anda"oleh Coach Aizac.


"Berundinglah Dengan RDC, anda pasti puas hati, In Shaa Allah" testimoni

 Berundinglah Dengan RDC, anda pasti puas hati, In Shaa Allah"

Terima kasih puan..
Pn hajar beli rumah, reka dan bina.. tpi pn.hajar x tukar design sbb berkenan dah dgn design cadangan dari rdc..
Jom tengok Gmbr sebelum lockdown..
ubah depan shja.. xnak cermin bulat katanya..

Thursday, July 1, 2021

APA Persamaan dan perbezaan MRTT & MLTT

 #KongsiIlmu

APA Persamaan dan perbezaan MRTT & MLTT? Yang mana lagi sesuai?

Minggu Lepas, Ada Klien Tanya berkaitan MRTT Dan MLTT.. Kebetulan Ada terbaca Dan membaca berkenaan ni..Mira share sedikit sebanyak..

PERSAMAAN? Kedua-dua produk insurans Takaful yg melindungi Anda sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius Dan kematian.
_____________________
Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) sesuai untuk:
________________________________________________
1. Beli Rumah untuk tinggal sendiri
2. Tidak Ada pelan atau bercadang untuk buat re-financing
3. Sesuai untuk umur 35 tahun ke atas
4.Untuk pembelian jangka masa panjang
MRTT ni lebih kepada pelan Takaful keluarga untuk pembiayaan kewangan gadai janji.
Ia merupakan pelan Takaful bertempoh dengan caruman tunggal (pembayaran manfaat sekaligus)sekiranya berlaku kematian atau hilang Upaya Penuh Dan Kekal ke atas orang Yang dilindungi..
Konsep nya, jumlah pinjaman perumahan Anda berkurangan, perlindungan Yang disediakan oleh MRTT juga berkurangan..
_________________________________________________
Mortgage Level Term Takaful (MLTT) sesuai untuk:
_________________________________________________
1.Beli rumah untuk pelaburan
2.Ada pelan atau bercadang untuk buat re-financing Di masa hadapan
3. Sesuai untuk umur dibawah 35 tahun
4.Untuk Pembelian jangka masa pendek..
Bayaran untuk MLTT dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan(dibayar oleh peminjam Dalam ansuran bulanan)..
Jumlah keseluruhan Yang diinsuranskan Dalam perlindungan ini adalah Kekal Dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.
Ini mengekalkan nilai pembayaran Yang dijamin, = Nilai diinsuransikan Yang Akan dibayar saat tuntutan adalah Sama Dari tahun pertama ke tahun terakhir pinjaman. Sbb Itu ianya sesuai untuk pembelian jangka masa pendek..
.
JOM BINA RUMAH BERSAMA KAMI
.
Jangan lupa share website kami,
.
PERUNDING RUMAH IDAMAN ANDA..
Amira Rozani
017-9552917
Menguruskan Jual beli hartanah di kelantan khususnya, ejen hartanah berdaftar, 017-9552917
Amira



Monday, June 21, 2021

Tips Memilih Peguam Hartanah




 " Ambo ni dua tiga hari doh x tidur malam sebab duk pikir pasal ni.. Ambo kena tipu ke kontraktor hok wak lari duit ambo.. ambo bagi deposit bina rumah dale 30 ribu, tapi kontraktor lari"

"xdok sign agreement ko"
 
"xdok tu.. tu ya sesal sangat tu, kalu kena ginie baru rasa nak beringat"
 
"sebabtu kito kena guna khidmat peguam, tapi keno pilih peguam hok bertanggungjawab, ada integriti dalam keje dia"
 
Setiap satu dari kita memasang hasrat untuk memiliki rumah impian seawal umur 30 tahun atau mungkin lagi awal. Memiliki rumah pada usia yang muda dikatakan sebagai satu tanda ukur kejayaan. Siapa tidak mahu memiliki rumah seawal itu kan? Setiap Usaha untuk mendapatkan sesuatu hartanah sentiasa datang bersama beberapa proses dan urusan dokumentasi yang kadang kala memerlukan khidmat mereka yang pakar dalam hal berkaitan undang-undang. Apabila berkait dengan undang-undang, semestinya yang mempunyai kepakaran ini ialah pihak peguam itu sendiri.
Peguam bertanggungjawab untuk membantu menguruskan hal berkaitan pembelian atau penjualan rumah sehinggalah membantu pembeli atau penjual mempertahankan hak sekiranya berlaku sebarang masalah.
 
Dalam urusan jual beli hartanah, perkara paling penting adalah melantik peguam dan kebanyakan tuan rumah atau penjual dilihat tidak gemar menggunakan khidmat peguam untuk mewakili mereka dengan alasan utama menjimatkan kos.
 
Jual beli hartanah tidaklah semudah yang disangka dan bukan sekadar mengisi borang atau urusan surat-menyurat semata-mata kerana ia membabitkan kontrak perjanjian jual beli dan undang-undang yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965.
 
Dalam artikel kali ini , pihak RDC akan kongsikan tips untuk melantik dan berurusan dengan peguam hartanah . Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abd Sukor berkata, terdapat beberapa langkah boleh diikuti untuk memilih peguam hartanah terbaik bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada peguam yang tidak bertanggungjawab.
 
Antara tips-tips yang dikongsikan oleh beliau dalam artikel beliau pada 4 oktober 2019 di laman facebook beliau :-
 
1. Apabila ada rakan-rakan atau kenalan yang merekemenkan seorang peguam kepada kita, dinasihatkan agar kita tidak mempercayai bulat-bulat peguam yang disyorkan . seeloknya, ambil sedikit masa, untuk mengenali peguam tersebut secara peribadi. Cubalah berhadapan dan berkenalan dengan peguam tersebut, jangan mengambil langkah mudah dengan hanya berurusan melalui wasap. Pandangan setiap orang amat lah berbeza, termasuk lah pandangan kita dan rakan.
 
2. Elakkan memilih peguam yang mengendalikan terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Kerana amat dibimbangi, mereka tidak sempat memberi tumpuan atau focus terhadap kes kita. Semakin banyak kes, dibimbangi semakin besar peluang mereka ingin menyeleweng.
 
3. Elakkan memilih peguam yang membuat bisnes sampingan yang terlalu banyak pada satu masa.Pendek kata bukan bisnes firma gauaman sahaja tetapi semua bisnes dia tapau termasuklah menjual budu.Dibimbangi jika mereka kehabisan modal dalam bisnes tertentu,duit, anak guam menjadi mangsa untuk mereka rolling untuk buat modal bisnes.
 
4. Pastikan memilih peguam yang bertanggungjawab dan tidak menyerahkan semua urusan kes kepada stafnya.Dikhuatiri berlaku penyelewengan wang yang dilakukan oleh staf peguam tersebut.

5. Peguam yang dikenali ramai amatlah disarankan . Dengan istilah “peguam Selebriti” yang selalu muncul di media massa atau selalu muncul dimedia sosial berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dengan masyarakat kerana peguam sebegini , sudah pasti mereka perlu jaga nama baik dan reputasi mereka kerana mereka dikenali oleh orang ramai. Jadi tak kan lah mereka sanggup menyeleweng kerana ia akan menjejaskan reputasi dan nama baik mereka.
 
6. Pilihlah peguam yang aktif dan terlibat secara langsung dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan NGO yang memperjuangkan isu-isu masyarakat.Hal ini kerana, jika mereka mampu memperjuangkan hak masyarakat sudah tentu mereka juga akan memperjuangkan hak anak guam mereka dengan baik.
 
7. Pilih peguam yang komited dan anda betul-betul yakin dengan cara kerja mereka,yang mampu membela hak dan kepentingan kita.Jangan hanya memilih peguam kerana kos guaman yang ditawarkan murah. Kos guaman urusan hartanah kebanyakannya adalah sama antara satu peguam dengan peguam yang lain.
 
8.Jangan memilih firma guaman dengan hanya memandang rupa. Hanya kerana peguam tersebut memiliki ramai staf yang cantik atau keadaan ofis yang cantik dipandang belum tentu hasil kerja mereka memuaskan. Istilah ‘ Don’t Judge A Book By It’s Cover’ sangat relevan dengan kes ini.
 
9. Wujudkan keserasian dengan peguam kita, berkawanlah dengan mereka untuk memudahkan segala urusan.
 
10. Doa!! Akhirnya jangan lupa berdoa kepada Allah Taala agar ditemukan dengan peguam yang baik dan beriman dalam urusan hartanah anda.Peguam tak hensem tak apa. Janji beliau beriman dan berakhlak mulia.
 
Tips ini hanyalah pandangan peribadi Tuan Salkukhairi Sukor semata-mata. Ianya mungkin berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain.
 
Hakikatnya urusan memilih peguam ini sangat subjektif. Sama seperti memilih pasangan hidup juga.
Pendek kata anda hanya boleh berusaha untuk memilih peguam hartanah yang anda rasa terbaik untuk anda dan mematuhi kriteria di atas. Selebihnya berdoa dan bertawakal lah kepada Allah. Segala ketentuan dalam hidup kita ini Dia yang menentukannya. Ada hikmah di sebalik sesuatu ujian tersebut.
 
Pilihlah peguam seeloknya. Majlis Peguam ada menetapkan bahawa seorang peguam hanya boleh mewakili satu pihak. Manakala, urusan jual beli dengan pemaju terutama dalam pembinaan, kebiasaannya mereka menyediakan beberapa peguam untuk pembeli pilih. Ini kerana pemaju mahukan urusan jual beli dapat dikawal dan memudahkan proses tukar hak milik berjalan dengan lancar. Namun sebagai pembeli, baca dan fahamkan inti pati perjanjian jual beli yang diberikan sebelum menandatangani untuk mengelakkan sebarang masalah penyelewengan atau kontrak yang berat sebelah.
 
Setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini, sebarang pertanyaan, bolehlah komen di ruangan komen dibawah.
 
Untuk mendapatkan khidmat guaman, boleh hubungi pihak RDC sama ada untuk proses jual beli tanah, bina rumah atas tanah sendiri , beli rumah juga urusan pinjaman di kelantan dan terengganu sahaja .
 
Cik Amira 017-9552917
 
Jangan lupa, share website kami..