Wednesday, March 18, 2020

Kolam Renang Tok Bali


Pembinaan Kolam Renang
30' x 15' x 4'6"

LOKASI : TOK BALI, KELANTAN






Progress Pembinaan Pada  FEBRUARI 2020







Progress Pembinaan Pada  JANUARI 2020





Pembinaan Bermula Pada 13 Januari 2020








Sunday, March 15, 2020

Qoutes of the day

If you had dreams, then you can do it!!

It takes hand to build a house,but only hearts can build a home, build your home,starting by build your house!!

Everyone knows how to build a beautiful house ,only few knows how to live beautifully in the house!!

A house is built with bricks and beams, a home is built with love and dreams!!

Jom bina rumah idaman bersama kami..
Anda pasti berpuas hati

Bina rumah atas tanah sendiri dengan pakej termurah dan mampu milik.. rm100 sekaki persegi!!

Layari laman web kami..


Hubungi kami

017-9552917 cik amira
018-9098205 cik aina
019-9016113 En.Adi








Wednesday, March 11, 2020

Serahan Milikan Kosong Rumah



❗ KOS boleh jimat....buat apa bayar lebih?!
.
👉 Proses penyerahan dan pemilikan kosong.. MERKANG PASIR PUTEH
.
👉 Tarikh bina 15 .07. 2019
👉 Tarikh serahan 10.03.2020

.
👉 Nak tahu cara/formula penjimatan kos untuk bina rumah idaman, sila kunjungi pejabat kami...kami kongsi caranya dengan ANDA..
.
👉 Tanah ANDA.. Citarasa ANDA..Kemampuan ANDA..Kami BINA
.
👉 PERKHIDMATAN KAMI..
.
✅ Pengurusan pelan
✅ Pengurusan pinjaman
✅ Pengurusan pembinaan
.
👉 RDC GROUP PROPERTIES
kontraktor rumah idaman anda
.
👉 Sila layari website kami..
rumahidaman.com.my
.
#kontraktorbinarumahkelantan
#kontraktorbinarumah
#kontraktorkelantan
#rumahidaman
#loankerajaan
#loanbank
#pinjamanperumahan
#rdcgroupproperties
.
👉 sila kunjungi pejabat kami..dapatkan khidmat nasihat pembinaan PERCUMA daripada RDC GROUP PROPERTIES.
.
👉 PT 4506 Taman mardiah panchor kemumin pengkalan chepa 16100 kota bharu kelantan..
.
Atau terus hubungi kami,
.
☎️ Cik Amira 017-9552917
☎️ Cik Aina 018-9098205
☎️ En. Adi 019-9016113




































Monday, March 9, 2020

KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE


BERAPA KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE?



Ok kali ini pihak RDC nak share berkaitan Kos Guaman urusan pembelian rumah sub-sale. Tapi sebelum tu, kita fahamkan dulu ape maksud rumah subsale. Rumah subsale merujuk kepada rumah yang dibeli atas tangan pihak lain selepas pemaju. Atau lebih senang disebut rumah secondhand. Tapi, ia tidak semestinya rumah secondhand, ada juga kes pembeli ke 3, iaitu beli melalui ejen hartanah, tidak melalui owner terus ye. Ok, seperti yang kita semua tahu, dalam apa-apa urusan hartanah, sama ada beli tanah, bina rumah, jual rumah dan sebagainya memang disyorkan untuk menggunakan khidmat guaman. Kenapa? Untuk memudahkan urusan jual beli juga untuk memastikan hak kedua-dua belah pihak selamat. Risiko kena tipu juga dapat dielakkan.  

Disini saya memetik isi tulisan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), Tuan Salkukhairi Abd Sukor, beliau menyatakan bahawa :

Anggaran keseluruhan kos guaman untuk kes ini adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli.

a. Lebih kurang 2.5% adalah untuk :-
▪ yuran guaman peguam bagi urusan jual beli dan pindah milik rumah tersebut, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan jual beli dan pindah milik rumah tersebut (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).

b. Lebih kurang 2.5% lagi adalah untuk :-
▪ yuran guaman peguam bagi urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan pinjaman dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).

Yuran Guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan dokumen pinjaman/gadaian adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976

Perbelanjaan (Disbursement) untuk urusan pembelian rumah sub-sale adalah bagi tujuan bayaran duti setem perjanjian jual beli, bayaran duti stem pindah milik, yuran pendaftaran pindah milik di pejabat tanah, carian rasmi, permohonan kebenaran pindah milik, duti stem dokumen pinjaman dan gadaian, pendaftaran gadaian di pejabat tanah, carian kebankrapan dan lain-lain.

Kadar bayaran disbursement tersebut adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat tanah, Jabatan Insolvensi dan lain-lain. Lebih ½ daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk tujuan bayaran disbursement kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (dalam bahasa mudah, bayaran kepada Kerajaan).
Hanya tidak sampai ½ sahaja daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk bayaran yuran guaman peguam.

Semakin tinggi harga jual beli/ nilaian sesuatu rumah sub-sale, semakin tinggi bayaran disbursement yang terpaksa ditanggung oleh pembeli.
Misalnya, untuk duti stem pindah milik sahaja, kadar duti stem yang dikenakan oleh LHDN
Manakala semakin tiggi harga jual beli semakin rendah yuran guaman yang dikenakan.

Walau bagaimanapun untuk pembelian rumah pertama, pembeli layak mendapat pengecualian duti setem pindah milik dan duti setem dokumen pinjaman (prinsipal document).

Daripada perkongsian beliau di atas, itu hanyalah anggaran kasar. Setiap kes yang berlainan mempunyai kos guaman yang berlainan. Seelok-eloknya,bertanya langsung kepada peguam kita untuk mengetahui kos tambahan yang dikenakan. Anggaran untuk memudahkan kita menentukan bajet kos guaman ini, mengikut kadar pinjaman kita ialah 5% secara amnya.

Kos guaman untuk rumah baru, rumah undercon atau umah subsale berbeza. Kos guaman untuk rumah Undercon / dalam pembinaan lebih murah antara 20-30 % legal fee biasa. Dan yuran guaman adalah sama. Kerana semua peguam tertakluk kepada skala yuran guaman yang ditetapkan oleh majlis peguam.


Untuk dapatkan khidmat bagi urusan hartanah bermula dari lukis pelan sehingga dapat miliki rumah impian, hubungi kami pihak rdc untuk memenuhi hasrat anda. layari laman web kami..

rumahidaman.com.my




Sunday, March 8, 2020

Thursday, March 5, 2020

Proses Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Inilah antara proses-proses yang terlibat untuk bina rumah atas tanah sendiri.

Langkah Pertama: REKA BENTUK

-Pelan dan rekabentuk rumah bersama designer/ pelukis pelan. Take note ye, pastikan pelan yang dilukis mengikut bajet anda tersendiri.

- Dalam masa yang sama, pemaju akan mengemukakan sebut harga bina rumah berdasarkan pelan dan 3D design yang telah dipersetujui.

Langkah Kedua : PELAN

-Proses kelulusan pelan (mendapat kelulusan Pelan dari Pihak PBT, mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan)

Langkah Ketiga : PINJAMAN

- Proses pinjaman dan gadaian

-Proses menyediakan dokumen pinjaman (Bank/ LPPSA) , dan tandatangani perjanjian kontrak

Langkah Ke-empat : PEMBINAAN

-Pihak pemaju mula melaksanakan kerja-kerja pembinaan rumah

-SERAHAN KUNCI

-Rumah idaman ANDA siap untuk diduduki.

layari laman web kami..  rumahidaman.com.my


Untuk dapatkan khidmat kami, hubungi no tertera di bawah.. 
017-9552917 -cik amira
019-9016113 - cik adi
018-9098205 - cik aina


untuk lebih detail...baca panduan ini..

https://rdchousemanagement.blogspot.com/2020/02/bina-rumah-atas-tanah-sendiri-panduan.html

Sunday, March 1, 2020

pakej bina rumah atas tanah sendiri

Pakej- pakej bina rumah atas tanah sendiri yang termurah dan mampu milik.. 

Nak Jimat sehingga RM 15,000.00 ke RM 20,000.00... PAKEJ SILVER PILIHAN TERBAIK..

Nak Jimat Masa ..Masuk Rumah Cuci Kaki je.. PAKEJ PLATINUM PILIHAN TEPAT..

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej-pakej yang ditawarkan, anda amat-amat dialukan untuk ke laman website kami...






Tuesday, February 25, 2020

Kolam Renang Pauh 9 Kelantan

💥💥 KOLAM RENANG KELANTAN
.
☑ kolam dalam kolam site terbaru kami di pauh 9 kelantan..
.
☑ Bersaiz 10 x 20 x 3'6"
.
☑ Sila layari website kami..
rumahidaman.com.my
.
#kontraktorbinarumahkelantan
#kontraktorbinarumah
#kontraktorkelantan
#rumahidaman
#loankerajaan
#loanbank
#pinjamanperumahan
#rdcgroupproperties
.
👉 Sila hubungi kami,
017-9552917 (Cik Amira)
019-9016113 (En.Adi)
018-9098205 (Cik Aina)
.
👉 Sila mari pejabat kami boleh berkenalan lebih rapat ..boleh tengok pakej yang kami tawarkan...
.
👉 PT 4506 Taman mardiah panchor kemumin pengkalan chepa 16100 kota bharu kelantan..



12 MARCH 2020






7 MARCH 2020



1 MARCH 2020




Tuesday, February 18, 2020

KERETA ATAU RUMAH DULU???


 BELI RUMAH DULU, JANGAN BELI KERETA DULU! KENAPA??



Terutama sekali kepada anak muda, fresh graduate… Rata-rata tidak mengetahui apa itu aset dan liabiliti.. Rumah atau kereta dulu yang penting? Fakta Menarik ini kami kongsikan berdasarkan pembacaan dan rujukan-rujukan dari penasihat kewangan iaitu Dr Azizul.

Untuk membeli rumah, pihak bank akan kira kelayakan pinjaman/loan terlebih dahulu. Sama ada untuk pinjaman LPPSA/ kerajaan atau pinjaman bank/swasta, masing-masing akan mengira kelayakan dan mengambil kira semua komitmen luar seperti kereta, rumah sewa, motor , pinjaman ptptn dan sebagainya. Untuk beli rumah atau bina rumah, bagi megelakkan peratus kelayakan rendah:-

1. JANGAN Beli Kereta DULU.

Hutang kereta akan menelan peratus gaji kita. Jika gaji basic dibawah RM2000.00, anggaran bayaran bulanan kereta rm800-rm900, berbaki lagi dalam rm1200-rm1100. Ini belum termasuk lagi dengan makan,minum keperluan asas yang lain dan juga maintenance, serta minyak kereta. Bagi yang kerja di negeri yang ada tol, makin bertambah tanggungan.. Rasa-rasa cukup x untuk kehidupan seharian dengan jumlah tersebut?

Layakkah untuk membeli rumah? Rumah merupakan salah satu Keperluan asas kita (shelter). Terutama kepada fresh graduate, rancanglah sebaik mungkin kewangan kita, ukur baju dibadan sendiri. Kumpul dahulu duit untuk deposit rumah, andai beruntung dapat beli rumah tanpa deposit. Kalu nak beli rumah, belilah kereta secondhand yang masih elok dan bayar tunai tanpa hutang/ byrn bulanan.

2. Beli kereta akan menyebabkan peluang beli rumah menjadi KECIL.

Komitmen hutang kereta yang tinggi akan menyebabkan peratus gaji menjadi kecil. Kelayakan loan akan menjadi kecil atau paling teruk lagi, tiada kelayakan untuk buat pinjaman langsung.

Untuk kelayakan dapat buat pinjaman, perlu melangsaikan hutang kereta terlebih dahulu. Untuk beli rumah perlukan kesedaran yang tinggi akan keperluan asas kita yang satu ini. Rata-rata pekerja swasta atau kerajaan ambil mudah akan perkara ini. Yang berduit masih lagi menyewa rumah. Dan pekerja kerajaan pula menunggu duit pencen, baru nak buat rumah. Idea ni salah sama sekali bagi pandangan saya yang menulis artikel ini kerana, apabila sudah pencen, tiada lagi kemudahan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) . Untuk memohon pinjaman ini, selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tempoh pencen. Kalu yang nak pencen awal tu macam mana? Dan untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak BANK, JANGAN X ADE LANGSUNG KOMITMEN LUAR kerana dengan rekod bayaran bulanan yang ada andai kita ada komitmen luar itu akan menambahkan nilai atau keyakinan pihak bank untuk meluluskan pinjaman kita kerana pihak mereka akan yakin kita ini seorang yang boleh bayar hutang pada waktu yang ditetapkan.

3. Kereta itu boleh menjadi liabiliti dan rumah itu boleh menjadi aset.

Membuat pinjaman kereta boleh mengurangkan duit simpanan atau gaji kita (tolakan /bayaran bulanan). Liabiliti dikira hutang/komitmen luar oleh pihak bank. Dan pada awalnya, rumah itu merupakan liability, tetapi kalu jadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa, bank akan menganggap hutang rumah sebagai salah satu income tambahan dengan syarat ade surat perjanjian sewa dan bayaran bulanan dimasukkan ke dalam akaun bank, bukan bayaran ditangan. Jika kelayakan masih rendah, beli rumah ikut kemampuan dahulu, jangan menunggu dan terus menunggu. Cari rumah dikawasan berdekatan dengan institusi-institusi pengajian yang akan mendapat sambutan ramai oleh pelajar-pelajar untuk menyewa. Bila bank tengok income rumah sewa, kelayakan untuk buat pinjaman makin meningkat. Nak seribu daya, xnak seribu dalih!

4. Jangan Bagi orang pinjam nama kita untuk buat apa-apa bayaran

Ini kerana, pihak bank akan menyemak semua proses belian juga bayaran yang kita buat. Mengikut polisi sekarang, semua diambil kira. Kalu kita rasa kita lulus nak buat pinjaman, tetapi apabila pihak bank keluarkan kenyataan, kita tidak layak sama sekali untuk membuat pinjaman tersebut , mungkin , kerana kes-kes macam ini. Orang lain membuat bayaran atau belian apa-apa atas nama kita. Tapi jangan berkira sangat ya dengan adik-beradik terutama sekali mak ayah, kalu diorang nak ape-ape, belikan aje kerana, mereka semua boleh mendatangkan rezki yang kita x sangka-sangka dengan menolong mereka. Berkat orang kata. Konsep keberkatan itu satu asas kepada permulaan yang baik kepada kehidupan yang selesa.

5. Harga hartanah makin meningkat dari tahun ke tahun.

Seeloknya, rancang kewangan untuk beli rumah, kerana harga tanah makin menaik. Kenapa tanah? Kalu x ade tanah, nak bina rumah kat mana kn. Kalu rumah kondominium atau flat tu? Tapak dia atas tanah juga .. Tanpa tanah, impian bina rumah atau beli rumah adalah sia-sia. Barang-barang mentah untuk bina rumah juga semakin menaik. Oleh itu, seeloknya cari tanah dulu kalu x mmpu bina rumah lagi. Ada duit boleh bina rumah. Dan kalu nak buat pinjaman beli tanah je dulu, hanya pihak pekerja kerajaan boleh menikmati kemudahan ini, iaitu pinjaman jenis 4 (Pembelian Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Rumah Kediaman) ke Pinjaman jenis 2 (Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri) Untuk maklumat lanjut berkenaan pinjaman LPPSA boleh rujuk di link ini https://rdchousemanagement.blogspot.com/2020/02/pinjaman-lppsa.html .

Untuk Pinjaman bagi beli rumah sahaja, tersangat rumit. Hanya certain Bank sahaja yang menyediakan khidmat tersebut..
.
layari laman web kami, rumahidaman.com.my/rdcgroupproperties

Itu sahaja perkongsian kami harini,

RDC Group Properties

Feb 18,2020.

Amira & Aina

Penafian: Perkongsian ini ditulis dengan merujuk beberapa buah artikel dan dari pandangan peribadi serta ilmu yang ada sepanjang bergiat dalam bidang hartanah ini. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak. Andai berguna amalkan, dan boleh menjadi rujukan untuk semua, andai tiada kegunaan, boleh abaikan.. sekian Terima Kasih.

Thursday, February 13, 2020

TIPS MEMILIH PEGUAM HARTANAH


" Ambo ni dua tiga hari doh x tidur malam sebab duk pikir pasal ni.. Ambo kena tipu ke kontraktor hok wak lari duit ambo.. ambo bagi deposit bina rumah dale 30 ribu, tapi kontraktor lari"

"xdok sign agreement ko"

"xdok tu.. tu ya sesal sangat tu, kalu kena ginie baru rasa nak beringat"

"sebabtu kito kena guna khidmat peguam, tapi keno pilih peguam hok bertanggungjawab, ada integriti dalam keje dia"


Setiap satu dari kita memasang hasrat untuk memiliki rumah impian seawal umur 30 tahun atau mungkin lagi awal. Memiliki rumah pada usia yang muda dikatakan sebagai satu tanda ukur kejayaan. Siapa tidak mahu memiliki rumah seawal itu kan? Setiap Usaha untuk mendapatkan sesuatu hartanah sentiasa datang bersama beberapa proses dan urusan dokumentasi yang kadang kala memerlukan khidmat mereka yang pakar dalam hal berkaitan undang-undang. Apabila berkait dengan undang-undang, semestinya yang mempunyai kepakaran ini ialah pihak peguam itu sendiri.

Peguam bertanggungjawab untuk membantu menguruskan hal berkaitan pembelian atau penjualan rumah sehinggalah membantu pembeli atau penjual mempertahankan hak sekiranya berlaku sebarang masalah.

Dalam urusan jual beli hartanah, perkara paling penting adalah melantik peguam dan kebanyakan tuan rumah atau penjual dilihat tidak gemar menggunakan khidmat peguam untuk mewakili mereka dengan alasan utama menjimatkan kos.

Jual beli hartanah tidaklah semudah yang disangka dan bukan sekadar mengisi borang atau urusan surat-menyurat semata-mata kerana ia membabitkan kontrak perjanjian jual beli dan undang-undang yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Dalam artikel kali ini , pihak RDC akan kongsikan tips untuk melantik dan berurusan dengan peguam hartanah . Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abd Sukor berkata, terdapat beberapa langkah boleh diikuti untuk memilih peguam hartanah terbaik bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada peguam yang tidak bertanggungjawab.

Antara tips-tips yang dikongsikan oleh beliau dalam artikel beliau pada 4 oktober 2019 di laman facebook beliau :-

1. Apabila ada rakan-rakan atau kenalan yang merekemenkan seorang peguam kepada kita, dinasihatkan agar kita tidak mempercayai bulat-bulat peguam yang disyorkan . seeloknya, ambil sedikit masa, untuk mengenali peguam tersebut secara peribadi. Cubalah berhadapan dan berkenalan dengan peguam tersebut, jangan mengambil langkah mudah dengan hanya berurusan melalui wasap. Pandangan setiap orang amat lah berbeza, termasuk lah pandangan kita dan rakan.

2. Elakkan memilih peguam yang mengendalikan terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Kerana amat dibimbangi, mereka tidak sempat memberi tumpuan atau focus terhadap kes kita. Semakin banyak kes, dibimbangi semakin besar peluang mereka ingin menyeleweng.

3. Elakkan memilih peguam yang membuat bisnes sampingan yang terlalu banyak pada satu masa.Pendek kata bukan bisnes firma gauaman sahaja tetapi semua bisnes dia tapau termasuklah menjual budu.Dibimbangi jika mereka kehabisan modal dalam bisnes tertentu,duit, anak guam menjadi mangsa untuk mereka rolling untuk buat modal bisnes.

4. Pastikan memilih peguam yang bertanggungjawab dan tidak menyerahkan semua urusan kes kepada stafnya.Dikhuatiri berlaku penyelewengan wang yang dilakukan oleh staf peguam tersebut

5. Peguam yang dikenali ramai amatlah disarankan . Dengan istilah “peguam Selebriti” yang selalu muncul di media massa atau selalu muncul dimedia sosial berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dengan masyarakat kerana peguam sebegini , sudah pasti mereka perlu jaga nama baik dan reputasi mereka kerana mereka dikenali oleh orang ramai. Jadi tak kan lah mereka sanggup menyeleweng kerana ia akan menjejaskan reputasi dan nama baik mereka.

6. Pilihlah peguam yang aktif dan terlibat secara langsung dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan NGO yang memperjuangkan isu-isu masyarakat.Hal ini kerana, jika mereka mampu memperjuangkan hak masyarakat sudah tentu mereka juga akan memperjuangkan hak anak guam mereka dengan baik.

7. Pilih peguam yang komited dan anda betul-betul yakin dengan cara kerja mereka,yang mampu membela hak dan kepentingan kita.Jangan hanya memilih peguam kerana kos guaman yang ditawarkan murah. Kos guaman urusan hartanah kebanyakannya adalah sama antara satu peguam dengan peguam yang lain.

8.Jangan memilih firma guaman dengan hanya memandang rupa. Hanya kerana peguam tersebut memiliki ramai staf yang cantik atau keadaan ofis yang cantik dipandang belum tentu hasil kerja mereka memuaskan. Istilah ‘ Don’t Judge A Book By It’s Cover’ sangat relevan dengan kes ini.

9. Wujudkan keserasian dengan peguam kita, berkawanlah dengan mereka untuk memudahkan segala urusan.

10. Doa!! Akhirnya jangan lupa berdoa kepada Allah Taala agar ditemukan dengan peguam yang baik dan beriman dalam urusan hartanah anda.Peguam tak hensem tak apa. Janji beliau beriman dan berakhlak mulia.


Tips ini hanyalah pandangan peribadi Tuan Salkukhairi Sukor semata-mata. Ianya mungkin berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Hakikatnya urusan memilih peguam ini sangat subjektif. Sama seperti memilih pasangan hidup juga.

Pendek kata anda hanya boleh berusaha untuk memilih peguam hartanah yang anda rasa terbaik untuk anda dan mematuhi kriteria di atas. Selebihnya berdoa dan bertawakal lah kepada Allah. Segala ketentuan dalam hidup kita ini Dia yang menentukannya. Ada hikmah di sebalik sesuatu ujian tersebut.

Pilihlah peguam seeloknya. Majlis Peguam ada menetapkan bahawa seorang peguam hanya boleh mewakili satu pihak. Manakala, urusan jual beli dengan pemaju terutama dalam pembinaan, kebiasaannya mereka menyediakan beberapa peguam untuk pembeli pilih. Ini kerana pemaju mahukan urusan jual beli dapat dikawal dan memudahkan proses tukar hak milik berjalan dengan lancar. Namun sebagai pembeli, baca dan fahamkan inti pati perjanjian jual beli yang diberikan sebelum menandatangani untuk mengelakkan sebarang masalah penyelewengan atau kontrak yang berat sebelah.

Setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini, sebarang pertanyaan, bolehlah komen di ruangan komen dibawah. 

Untuk mendapatkan khidmat guaman, boleh hubungi pihak RDC sama ada untuk proses jual beli tanah, bina rumah atas tanah sendiri , beli rumah juga urusan pinjaman di kelantan dan terengganu sahaja .

hubungi kami, di nombor
- Cik Aina 018-9098205
- Cik Amira 017-9552917
-En.Adi- 019-9016113

atau layari website kami , rumahidaman.com.my
.
CAPAI HASRAT MILIKI RUMAH IMPIAN
IMPIAN ANDA KAMI REALISASIKAN
tanah ANDA.. citarasa ANDA.. kami BINA.

#RDCgroupproperties


RUJUKAN: laman mymetro /elakjadimangsatipu/elakdianiayai
                   : artikel di laman facebook Tuan Salkukhairi Sukor.