Wednesday, February 12, 2020

Pinjaman LPPSA

Terdapat 2 jenis pinjaman perumahan, swasta iaitu pinjaman bank atau LPPSA pinjaman untuk mereka yang menjawat jawatan awam/pekerja kerajaan. Untuk Pinjaman LPPSA, hanya pekerja kerajaan yang boleh mengemukakan permohonan manakala untuk pinjaman bank, semua orang boleh mengemukakan pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat .

Syarat-syarat bagi mengemukakan sebarang permohonan pinjaman:


LOAN LPPSA: BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

  1. Status Tanah Atas Nama Sendiri
  2. Status Tanah Bangunan, seandainya status tanah pertanian, pemilik hendaklah menyelesaikan penukaran status tanah tersebut terlebih dahulu.
  3. Gaji Bersih* selepas menolak semua komitmen-komitmen yang ada ialah RM1000.00 (Di Kelantan/ kadar bergantung kepada tempat)
  4. Penyata gaji 1 bulan. 
  5. Pengiraan gaji bersih seperti yang diatas. 
  6. Untuk semak kelayakan Maksimun Pinjaman Perlukan Penyata Gaji, Salinan IC, & Umur Pencen  
#UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN DI KELANTAN, HANYA IC (03) SAHAJA YANG BOLEH BOLEH MEMBUAT PINJAMAN DAN MEMBELI RUMAH/TANAH DI KELANTAN. SEANDAINYA IC BUKAN -03, PERLUKAN SIJIL ANAK KELANTAN DARI PEJABAT TANAH DAN PEMBELIAN TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

Kelayakan LPPSA Mengikut Gaji Dan Elaun-Elaun Yang Dikira.(layari laman web LPPSA)


1.      ‘Pendapatan Bersih’ bermaksud jumlah gaji pokok dan elaun tetap ditolak dengan potongan wajib yang diambilkira oleh Lembaga.
2.      ‘Elaun tetap’ bermaksud elaun yang diterima oleh pemohon dan  diambilkira oleh Lembaga iaitu:

v  Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau yang setara dengannya; dan
v  Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau yang setara dengannya; dan
v  Bantuan Sara Hidup (COLA)/ Bayaran Insentif Wilayah (BIW) atau yang setara dengannya; dan
v  Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU); dan
v  Elaun Memangku.

3.      Jadual Kelayakan ini tidak terpakai kepada kumpulan berikut:
a)      Anggota pentadbiran persekutuan - Tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
b)      Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri - Tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri dari masa ke semasa.
c)      Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi - Tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971.

Jadual kelayakan ini hanya sebagai rujukan dan had kelayakan pembiayaan sebenar adalah seperti yang diluluskan oleh LPPSA.

Syarat Kelayakan Pemohon

    SENARAI DOKUMEN ASAS UNTUK SEMUA JENIS PERMOHONAN

1
Dua (2) salinan kad pengenalan (MyKad) yang disahkan oleh Ketua Jabatan

2
Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji (dalam lingkungan tiga (3) bulan terkini dari tarikh penerimaan dokumen di LPPSA) yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

3
Surat iringan Ketua Jabatan.
Nota:
i.               Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen (sekiranya slip  gaji masih terdapat potongan KWSP).
ii.              Bagi tujuan pengesahan agensi kelayakan, perlu dikepilkan Borang Pengesahan Kelayakan Agensi yang boleh dimuat turun di laman web LPPSA (www.lppsa.gov.my) di bahagian Borang Kegunaan Peminjam.

4
Borang Permohonan Pembiayaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan termasuk:
i.                    Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful, 
ii.                  Borang 2 - Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pembiayaan    perumahan serta faedah / keuntungan dari gaji, apa-apa faedah         persaraan dan terimaan daripada Kerajaan.


5

Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan yang didaftarkan di Malaysia.
 Nota: Bagi pinjaman / pembiayaan bersama suami dan isteri.

Salinan Sijil Kelahiran Anak.
 Nota: Bagi pembiayaan bersama ibu / bapa dan anak-anak dalam satu   Perjanjian Jual Beli.

6
Carian Rasmi/ Carian Persendirian atau Salinan Hak Milik

7
Sebutharga Yuran Guaman bagi kos dokumentasi pembiayaan mengikut format LPPSA.  

Nota: Bagi pemohon yang ingin memasukkan Yuran Guaman ke dalam jumlah pembiayaan.


JENIS-JENIS PINJAMAN YANG DITAWARKAN

Pinjaman Jenis 1: Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
Pinjaman Jenis 2: Membina Rumah Atas Tanah Sendiri
Pinjaman Jenis 3: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
Pinjaman Jenis 4: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Pinjaman Jenis 5: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
Pinjaman Jenis 6: Bina rumah diata tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP/LPPSA
Pinjaman Jenis 7: Membuat kerja Ubahsuai rumah /petak rumah kediaman


SENARAI DOKUMEN WAJIB (MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN / PINJAMAN)




Jenis 1 : Pembelian Rumah Kediaman Yang Telah Siap


1
Salinan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement, SPA) / Deraf SPA / Sale Proforma / Tawaran Untuk Membeli (Offer To Purchase, OTP). Nota: Harga lot parkir wajib dinyatakan pada Sale Proforma atau OTP.

2
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

3
Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Nota: Sekiranya pembelian rumah siap dari pemaju perumahan sahaja.

4
Surat perintah mahkamah membenarkan pemegang amanah menjual harta si mati.
Nota: Sekiranya pemilik hartanah telah meninggal dunia.

5
Salinan penyata baki hutang penjual bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan.
Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki pembiayaan dengan institusi pembiaya selain Lembaga (kes kontra).

6
Salinan surat perintah mahkamah yang melantik Pelikudasi bagi pemaju perumahan yang diisytiharkan bankrap berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Or Liquidator (Form 70) dan Notice Of Change In Situation Of Office Of Liquidator (Form 73).

Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada Pelikudasi yang dilantik oleh mahkamah.

ATAU

Notice Of Resolution (Form 11) berserta Notice Of Appointment And Situation Of Office Of Liquidator (Form 72).
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada pemaju perumahan yang digulungkan melalui Annual General Meeting (AGM).


7
 Salinan pelan lantai menunjukkan ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

Nota:

i. Sekiranya pembelian hartanah melibatkan rumah kedai atau SOHO (Small Office/Home Office); atau
ii. keluasan binaan hartanah kurang daripada 500 kaki persegi / 46 meter persegi.

8
Surat pengesahan Pemaju Perumahan atau peguam untuk lot yang dibeli. Nota: Sekiranya melibatkan banyak hakmilik induk (jika berkenaan).

9
Salinan Kontrak atau Memorandum Jualan daripada Mahkamah atau Pejabat Tanah atau Surat Pengesahan daripada Pentadbir Tanah yang mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan.
Nota: Sekiranya melibatkan hartanah lelong.


JENIS 2 : Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri


1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

2
Salinan Perjanjian Membina Rumah.
3
Salinan surat kelulusan pelan berserta salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.

Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

4
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam.


JENIS 3 : Pembelian Rumah Kediaman Yang Sedang Dibina


1
Salinan Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement, SPA) / Deraf SPA / Sale Proforma / Tawaran Untuk Membeli (Offer To Purchase, OTP). 
Nota: Harga lot parkir dan kos kerja tambahan wajib di tertera pada Sale Proforma atau OTP.

2
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Nota: Sekiranya pembelian hartanah daripada kontraktor.

3
Salinan pelan lantai menunjukkan ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal. Nota: i. Sekiranya pembelian hartanah melibatkan rumah kedai atau SOHO (Small Office/Home Office); atau ii. keluasan binaan hartanah kurang daripada 500 kaki persegi / 46 meter persegi.

4
Salinan Lesen Pemajuan Perumahan & Permit Iklan dan Jualan yang masih berkuatkuasa.



5
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau lesen CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam. Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

6
Salinan surat kelulusan pelan berserta salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.
Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

7
Borang 8 – Senarai kerja-kerja tambahan untuk Rumah Kos Rendah Nota: Tidak melebihi RM20,000 dan bagi jawatan kumpulan sokongan II sahaja.

8
Surat pengesahan Pemaju Perumahan atau peguam untuk lot yang dibeli Nota: Sekiranya melibatkan banyak hakmilik induk (jika berkenaan).

9
Resit bayaran premium atau AVTC & resit bayaran premium Nota: Sekiranya tanah berstatus Tanah Pertanian.


JENIS 4 : Pembelian Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Rumah Kediaman


1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

2
Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA) atau Draf Perjanjian Jual Beli atau Proforma atau Tawaran Untuk Membeli (OTP).

3
Salinan penyata baki hutang penjual enam (6) bulan ke hadapan yang lengkap. Nota: Sekiranya hartanah yang dibeli masih mempunyai baki hutang pinjaman dari Institusi Kewangan atau LPPSA (Kes Kontra – Pembelian di antara peminjam LPPSA).


JENIS 5 : Penyelesaian Keseluruhan Pembiayaan / Pinjaman Sedia Ada daripada Bank / Institusi Kewangan

1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
2
Salinan penyata baki hutang penjual bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan. Nota: Sekiranya hartanah  yang  dibeli  masih  mempunyai  baki  pembiayaan dengan institusi pembiaya selain Lembaga (kes kontra).

3
Salinan Perjanjian  Jual Beli (SPA) dengan Penjual / Pemilik sebelum  ini (Vendor). Nota: Sekiranya hartanah masih Hakmilik Induk.

4
Salinan pelan lantai menunjukkan ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.

Nota:
i. Sekiranya  pembelian  hartanah  melibatkan  rumah  kedai  atau  SOHO (Small Office/Home Office); atau
ii. keluasan binaan hartanah kurang daripada 500 kaki persegi / 46 meter persegi.

5
Surat pengesahan penerimaan bayaran 100% daripada Pemaju Perumahan Nota: Sekiranya Kes Penyerahan Hak (Master Title / Assignment).
6
Surat pengesahan Pemaju Perumahan atau peguam untuk lot yang dibeli 
Nota: Sekiranya melibatkan banyak hakmilik induk.

JENIS 6 : Pembinaan Rumah Kediaman Di Atas Tanah Yang Dibiayai Melalui Pembiayaan LPPSA
1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
2
Salinan Perjanjian Membina Rumah.

3
Salinan surat kelulusan pelan berserta salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.

Nota: Sekiranya melibatkan pembinaan tidak melebihi 4 buah rumah (Semenanjung) dan 8 buah rumah (Sabah dan Sarawak).

4
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam.

5
Salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.

Nota: Bagi pembiayaan bersama, sekiranya nama salah seorang pemohon tiada dalam hakmilik tanah, pindahmilik perlu dibuat sekurangkurangnya setengah (1/2) bahagian kepada pemohon.

.
JENIS 7 : Pengubahsuaian Rumah Kediaman Yang Dibiayai /Diselesaikan Melalui Pembiayaan /Pinjaman LPPSA
1
Laporan Penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
2
Salinan Perjanjian Kerja Ubahsuai Rumah.

3
Borang 9 - Senarai kerja-kerja ubahsuai dan Sebutharga.

4
Salinan Sijil SSM dan Lesen Kontraktor atau lessen CIDB (berdaftar dalam bidang pembinaan) yang masih berkuatkuasa yang disahkan oleh peguam.
5
Salinan Surat Kelulusan Pelan yang telah diluluskan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) beserta Salinan Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.
6
Surat Kebenaran Gadaian semula daripada Bank /Institusi Kewangan). Nota: Sekiranya hartanah mempunyai gadaian kedua dengan institusi pembiaya (pembelian hartanah dibiayai melalui pembiayaan bersama di antara Lembaga dan institusi pembiaya lainnya).

7
Surat Pengesahan Pemaju Perumahan atau Peguam bahawa hartanah didaftarkan sebagai hakmilik Pelanggan sekiranya Hakmilik Individu atau Strata masih belum dikeluarkan.
Nota: Bagi Kes Penyerahan Hak (Assignment).


8
Salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.  Nota: Bagi pembiayaan bersama, sekiranya nama salah seorang pemohon tiada dalam hakmilik tanah, pindahmilik perlu dibuat sekurangkurangnya setengah (1/2) bahagian kepada pemohon.

9
Borang 14A KTN (Pindahmilik) atau Salinan Memorandum of Transfer (MOT) bagi Sabah dan Sarawak yang lengkap dengan tandatangan Pemaju Perumahan atau penjual dan peguam. Nota: Sekiranya Kes Penyerahan Hak (Master Title / Assignment) dan belum mempunyai hakmilik induk.




Nak kami uruskan pinjaman LPPSA ANDA? Hubungi perunding RDC.

.
Cik Amira - 0179552917
Cik Aina - 018-9098205
En.Adi - 019-9016113
.
layari laman web kami:  rumahidaman.com.my/rdcgroupproperties
.
RUJUKAN : PORTAL LPPSA

PENAFIAN: RDC Group Properties tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan rujukan. Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi/portal yang berkaitan. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.


Monday, February 10, 2020

Rumah Jual Mukim Tokku Kedai Lalat


Rumah Luas nampak mewah jah dari luar. Sejuk mata memandang. Dalaman rumah pun terbaik.

..Pakat share ramai-ramai terr.. Tolong member-member yang belum ada rumah, tak salah pakat share, bare molek, bare comel..
.
🎯RUMAH BANGLO UNTUK DIJUAL
.
tanah KAMI.. citarasa ANDA.. kami BINA.. kami TERBUKTI..
.
Harga JUALAN : RM 395,000.00
.
SPESIFIKASI :
.
πŸ‘‰πŸ»Lokasi : Mukim tokku Kedai Lalat, Kota Bharu
πŸ‘‰πŸ» Keluasan tanah : 5726 kaki persegi
πŸ‘‰πŸ» keluasan binaan : 1669kps
πŸ‘‰πŸ»Bilik Tidur: 4
πŸ‘‰πŸ»Bilik Air: 3
πŸ‘‰πŸ»Ruang Tamu: 1
πŸ‘‰πŸ»Ruang Keluarga: 1
πŸ‘‰πŸ»Ruang makan: 1
πŸ‘‰πŸ»Dapur: 1
πŸ‘‰πŸ»Porch: 1
.
PERCUMA
.
πŸ‘‰πŸ» LAMPU, KIPAS
πŸ‘‰πŸ» KOS GUAMAN
πŸ‘‰πŸ» KOS PINDAH MILIK
.
Hubungi kami di talian,
.
πŸ“² Cik Amira 017-9552917
πŸ“² Cik Aina 018-9098205
πŸ“² En. Adi 019-9016113
.
Sila layari laman web kami... rumahidaman.com.my/rdcgroupproperties
.
Sila kunjungi pejabat kami
.
πŸ‘‰πŸ» PT4506 taman mardiah Panchor Kemumin Pengkalan Chepa 16100 kota bharu kelantan.
.



Sunday, February 9, 2020

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: PANDUAN DARI A-Z / RDC GROUP PROPERTIES

Ramai yang berniat ingin membina rumah diatas tanah sendiri. Rata-rata tidak mengetahui langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk bina rumah atas tanah sendiri. Disini saya akan memjelaskan kesemua step-step yang yang pihak RDC aplikasikan dalam bidang ini.

1. Semak Kelayakan Pinjaman. 

Pihak RDC memerlukan dokumen seperti Salinan IC dan juga penyata gaji .
Penyata gaji untuk pekerja Swasta sehingga 6 bulan penyata terkini.
Penyata gaji untuk Penjawat Awam, dari 1 hingga 3 bulan penyata terkini. Untuk Askar, Semakan kelayakan haruslah melalui Pihak MINDEF!!

Atau semak dengan pihak bank terus berapa jumlah maksimum pinjaman yang boleh kita buat. Sama ada ingin membuat pinjaman maksimum atau hanya yang sekadar kita perlu, terpulang. 
Pelanggan sudah dapat anggaran jumlah binaan rumah @ bajet untuk bina rumah.

2. Reka Bentuk.

Proses Mereka Bentuk Rumah/ Proses Membuat Pelan Rumah kebiasaannya pelanggan akan berbincang direct dengan designer atau pelukis pelan. Pastikan pelan mengikut bajet anda sendiri. Reka bentuk binaan rumah bergantung kepada citarasa pelanggan 100% tetapi dengan nasihat dan idea-idea pakar pelukis pelan .Kita digalakkan untuk mencari tahu segala info dan susun atur binaan juga konsep rumah yang diingini seperti jumlah bilik, bilik air, perlukan car porch atau tidak, dapur ,untuk memudahkan proses lukis pelan ini. Setiap syarikat mempunyai harga yang berbeza untuk lukisan pelan tersebut.

Bagi pihak RDC, pelukis pelan akan turun bersama-sama ke tapak rumah untuk setting binaan rumah. Pelukis pelan diarahkan untuk melihat tapak terlebih dahulu sebelum melukis pelan agar kedudukan rumah kelihatan cantik dan sesuai dengan keadaan kawasan sekeliling. Harga yang pihak RDC tetapkan, termasuk dengan yuran PBT dan dikira mengikut sekaki persegi serta pihak RDC akan memastikan  kesemua tanggungjawab pelukis pelan iaitu mendapat kelulusan , mendapatkan CCC, dan juga mengeluarkan sijil kesiapan kerja untuk dihantar ke pihak bank bagi setiap progress bayaran yang ingin dibuat oleh kontraktor. 

Oleh itu, amatlah disarankan untuk kita mencari syarikat yang menguruskan pelan juga yang boleh membina rumah skali (reka dan bina) seperti pihak RDC, untuk mengurangkan risiko pelukis pelan lari kerana semua urusan adalah atas urusan kontraktor yang dilantik. 


3. Pelan
Proses kelulusan pelan mendapat kelulusan dari pihak PBT.
Carta alir kelulusan pelan bangunan yang boleh di ambil sebagai rujukan , klik di pautan ini.

4.Pinjaman

Pinjaman perumahan terbahagi kepada dua, iaitu Pinjaman Bank dan Pinjaman LPPSA. Pinjaman LPPSA hanya untuk penjawat awam sahaja. Proses ini termasuklah dari proses penyediaan dokumen pinjaman (Bank/LPPSA) (mengikut terma dan syarat pihak pinjaman). Seandainya pihak agensi/ syarikat yang menguruskan urusan pinjaman, pelanggan hanya perlu memberi segala maklumat yang dipinta, dan urusan seterusnya diuruskan pihak syarikat sehingga mendapat kelulusan dan menandatangani kontrak perjanjian.

Seandainya pelanggan menguruskan sendiri pinjaman (LPPSA), carta alir boleh rujuk portal LPPSA http://www.lppsa.gov.my/v2/proses-pembiayaan-perumahan/ 
Kebiasaan, kebanyakan pihak bank hanya memberi 80% - 90% pinjaman sahaja bergantung kepada status pinjaman pertama, kedua atau ketiga. Oleh itu, siapkan wang tunai sekurang-kurangnya 10% dari harga binaan  untuk lukis pelan, permohonan kelulusan di PBT, kos guaman. Bagi kes yang membuat pengeluaran dari akaun KWSP, ia hanya boleh dikeluarkan setelah kerja-kerja binaan berjalan dan kontrak telah ditandatangani , dan mendapat kelulusan pelan dari PBT. 

5.Pembinaan

Pihak pemaju akan mula melaksanakan kerja-kerja pembinaan rumah. Carilah kontraktor yang mengeluarkan kontrak bagi menjamin hak kedua-dua belah pihak. Dengan adanya kontrak, kedua-dua belah pihak tidak boleh menyalahi isi-isi perjanjian . Andai terdapatnya "BREACH OF CONTRACT" / Langgar Perjanjian, salah satu pihak mempunyai hak untuk mendakwa pihak yang berkenaan. Melanggar perjanjian setelah menandatangi kontrak akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub dalam undang-undang negara.

Kami di RDC Group Properties menyediakan kontrak dan akan mendahului binaan sehingga 10% sebelum membuat sebarang tuntutan claim. Tempoh kesiapan pembinaan antara 6-9 bulan. Dengan kualiti terbaik, kami sedia membantu anda. Khidmat nasihat PERCUMA berkaitan bina rumah kami sediakan. Kami juga menyediakan khidmat "Interior Design" dengan sentuhan magik dan memukau . 

Khidmat RDC Group Properties, klik di pautan https://www.rumahidaman.com.my/?page_id=127

Penutup. 
 Kami berharap segala maklumat yang kami bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di no tertera (sidebar blog). atau komen di ruangan di bawah. Kami akan membantu anda.

Sekian Terima Kasih.

Thursday, February 6, 2020

Rumah Jual Kg.Nering, Pasir Puteh



πŸ’―RUMAH BANGLO UNTUK DIJUAL

tanah KAMI.. citarasa ANDA.. kami BINA..kami TERBUKTI..

Spesifikasi:

πŸ‘‰ Lokasi : Kg.Nering, Pasir Puteh.

πŸ‘‰ Keluasan Tanah : 8062 kaki Persegi

πŸ‘‰Keluasan Binaan : 1300kps 

πŸ‘‰ Bilik Tidur : 3

πŸ‘‰ Bilik Air : 3

☑ Ruang Tamu       13' x 15'
☑ Ruang Keluarga 11' x 19'
☑ Dapur                 13' x 15'
☑ Bilik Utama         13' x 17'
☑ Bilik 1                  11' x 17'
☑ Bilik 2                  10' x 10'
☑ Porch                    8' x 13'
☑ Kemasan mozek dalaman
☑ Kemasan mozek porch
☑ Kemasan siling kapur
☑ Elektrik 3 phase
☑ Pagar chainlink
.
➡ STRATEGIK LOKASI
.
☑ Bandar Pasir Puteh /10 minit
☑ Tok Bali / 30 minit
☑ Jertih / 20 minit
☑ Machang / 20 minit
.
πŸ’₯πŸ’₯PERCUMAπŸ’₯πŸ’₯
.
☑ Kos penyediaan pelan
☑ Kos guaman / pindah milik
☑ Kabinet dapur
☑ Kipas dan lampu
☑ Aircond 1.0 hp


HARGA JUALAN : RM 335,000.00

😎😎 xsei lagi ko staro ni adik, kakok, mok ayoh kito tu?? Murah terlajok ni, tanah pun luas, ado laman buleh menanam.. Dekat pun dekat, 10 minit jah nok gi ko bandar pasir puteh.

πŸ€— Berminat, cepat-cepat hubungi kami untuk lawatan tapak dan maklumat lanjut.

☎ Cik Amira- 017-9552917

☎ Cik Aina - 018-9098205

☎ En.Aina - 019-9016113

πŸ‘‰ Sila mari pejabat kami boleh berkenalan lebih rapat ..boleh tengok pakej yang kami tawarkan...
πŸ‘‰ PT 4506 Taman mardiah panchor kemumin pengkalan chepa 16100 kota bharu kelantan



Wednesday, February 5, 2020

Bina Rumah Dapat Rebate Tunai 50K


Kami TERBUKTI, bukan AUTA ,tapi FAKTA!!

RDC Group Properties merupakan salah satu syarikat perunding hartanah yang boleh membantu anda dalam menyelesaikan masalah ANDA berkaitan perumahan.

Berurusan dengan kami, Anda dapat PULANGAN / REBATE  TUNAI sehingga 50K, BERSERTA sebuah rumah seperti dalam gambar-gambar 3D dengan pinjaman sebanyak RM 200,000.00 sahaja.

Bagaimana caranya??
Sila hubungi pihak kami,

πŸ‘‰πŸ‘‰ Cik Amira- 017-9552917
πŸ‘‰πŸ‘‰ Cik Aina   - 018-9098205
πŸ‘‰πŸ‘‰ En.Adi      - 019-9016113

..tanah ANDA..citarasa ANDA..kami BINA

Spesifikasi Bangunan:

Keluasan binaan : 1300kps
Bilik Tidur : 3
Bilik Air :3
Ruang Tamu :1
Ruang Keluarga :1
Dapur : 1
Porch :1

Untuk semak kelayakan pinjaman, boleh hubungi pihak kami di nombor yang tertera. SEMAKAN PERCUMA untuk ANDA.

Kunjungi kami di alamat ,

πŸ‘‰πŸ‘‰  PT4506 Taman Mardiah Panchor Kemumin,Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan

Sila Layari Website kami..

πŸ‘‰πŸ‘‰ rumahidaman.com.my







Tuesday, February 4, 2020

Kolam Renang

 Pembinaan Kolam Renang


Pakej bina kolam renang bermula dari RM350.00/ Sekaki persegi.
Harga termasuk dengan sistem salira, sistem kitaran , Kualiti air juga semua yang berkaitan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

En.Adi- 019-9016113
Cik Amira- 017-9552917
Cik Aina - 018-9098205

Site Persendirian. 











CSR RDC- Sekitar Majlis Kenduri Kesyukaran Bersama Tahfiz cilik Taman Mardiah.

Program CSR ini dijayakan dengan kerjasama RDC dan beberapa orang lagi tenaga pengajar yang terlibat. Tanpa sokongan masyarakat setempat, program ini tidak mampu diteruskan. Terima Kasih diucapkan kepada Ibu Bapa yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menghantar anak-anak mengaji di kelas tahfiz cilik ini yang berlangsung di surau taman mardiah, terletak bersebelahn dengan syarikat RDC Group Properties.

Kelas Tahfiz ini dijadualkan 3 hari seminggu (3/7) iaitu hari ahad, isnin juga selasa. bermula selepas maghrib .

Kelas ini diadakan secara percuma kepada semua anak-anak dibawah 12 tahun.
Kepada Ibu-Bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mengaji, boleh hubungi penyelia :

En.Adi -019-9016113
Penyelia Tahfiz Cilik.










Contoh Rumah Yang Sudah Siap .(Updated)

Banglo  En.Faizal - Pulai Condong


Keluasan 2500 kps
4 Bilik
3 Bilik air
.




Site Pangkal Kala ,Pasir Mas

Site Limbat , KB

Site Tawang, Bachok 



Untuk lihat lebih lagi, sila layari laman web kami di laman projek yang telah dilaksanakan. klik pautan di bawah.


Atau untuk sebarang maklumat lanjut, Boleh hubungi perunding hartanah kami:

Cik Amira- 017-9552917
Cik Aina -  018-9098205
En.Adi -     019-9016113

Reka Bentuk Viral / Pilihan Ramai dari 2011-2020

πŸ‘‰..KONTRKTOR RUMAH IDAMAN KELANTAN.
.
πŸ‘‰ Tanah ANDA ...Citarasa ANDA..Kami bina..
.
πŸ‘‰ REKA BENTUK SAMA PELAN LANTAI SAMA lokasi berbeza..
  1. Pasir Puteh
  2. Jeli
  3. Limbat
πŸ‘‰ Bina rumah diatas tanah sendiri dikelantan..
.
πŸ‘‰ Pakej mengikut kemampuan anda...harga binaan RM 130,000.00
.
☑ SILVER.
☑Keluasan 1300 kp
☑3 bilik
☑3 bilik air
.
πŸ‘‰ Proses melukis pelan / pinjaman perumahan diuruskan pihak syarikat akan uruskan.
*tertakluk terma dan syarat
.
πŸ‘‰ RDC GROUP PROPERTIES
kontraktor rumah idaman anda
.
πŸ‘‰ Sila layari website kami..
rumahidaman.com.my
.
πŸ‘‰ Maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami hubungi,
.
πŸ“²Cik Amira 017-9552917
πŸ“²Cik Aina 018-9098205
πŸ“²En. Adi 019-9016113
.
πŸ‘‰ Sila kunjungi pejabat kami untuk maklumat lebih tepat berkenaan pakej istimewa yang kami tawarkan..
.
πŸ‘‰ PT 4506 Taman mardiah panchor kemumin pengkalan chepa 16100 kota bharu kelantan..



site kuala Balah Jeli



Site Merkang ,Pasir Puteh


Site Limbat, Kota Bharu

Monday, February 3, 2020

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri- Lokasi: Kuala Balah, Jeli

πŸ’“KONTRKTOR RUMAH IDAMAN KELANTAN.
.
πŸ‘‰ Tanah ANDA ...Citarasa ANDA..Kami bina..
.
πŸ‘‰ Lokasi Kuala Balah jeli..
.
πŸ‘‰ Bina rumah diatas tanah sendiri dikelantan..
.
πŸ‘‰ Pakej mengikut kemampuan anda...harga binaan RM 130,000.00.
.
☑ SILVER.   
☑ Keluasan 1300 kp
☑ 3 bilik
☑ 3 bilik air.

.
πŸ‘‰ Proses melukis pelan / pinjaman perumahan diuruskan pihak syarikat akan uruskan.
*tertakluk terma dan syarat
.
πŸ‘‰ RDC GROUP PROPERTIES
      kontraktor rumah idaman anda
.


πŸ‘‰  Sila Tekan Ini Untuk Layari Website Kami /rumahidaman.com.my

.







πŸ‘‰ Maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami sila Hubungi
.
     ☎ 017-9552917- Cik Amira
     ☎ 018-9098205 - Cik Aina
     ☎ 019-9016113 - En.Adi
.
πŸ‘‰ Sila kunjungi pejabat kami untuk maklumat lebih tepat berkenaan pakej istimewa yang kami tawarkan..
.
πŸ‘‰ PT 4506 Taman mardiah panchor kemumin pengkalan chepa 16100 kota bharu kelantan..

Sunday, February 2, 2020

RDC Group Properties 2020

Assalamualaikum,

Hai Selamat Datang ke blog RDC Group Properties

Pihak RDC sedang membuat penambahbaikan pada blog ini. Sebarang Kesulitan Amat lah kami kesali. Stay Tuned & Keep Updated!

Untuk maklumat lanjut berkaitan hartanah (Properties) , boleh layari website kami,

rumahidaman.com.my/binarumahatastanahsendiri

Perkhidmatan RDC,










  1. Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
  2. Rumah Jual Kelantan
  3. Pengurusan Pinjaman LPPSA/ BANK
  4. Pengeluaran KWSP untuk pembiayaan perumahan
  5. Melukis Pelan Bangunan dan Pelan RC
  6. Ubahsuai Rumah
  7. Reka Bentuk Dalaman/ Interior Design
  8. Kolam Renang


Sebarang Pertanyaan, sila kemukan di ruangan komen atau hubungi no tertera di sidebar blog.